Majlis Ulama UMNO beri amaran tindakan bakar Al-Quran mengundang tidak balas keganasan

Majlis Ulama UMNO menuntut kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan masyarakat antarabangsa ekoran kegagalannya membendung tindakan islamofobia ahli politik negara itu membakar al-Quran baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, perbuatan ekstrem itu dikecam sekeras-kerasnya kerana ia adalah penghinaan terhadap agama dan merobek perasaan seramai lebih dua bilion penganut Islam di seluruh dunia.

“Penghinaan terhadap mana-mana agama ditolak oleh masyarakat dunia kerana ia mencetuskan pertembungan sesama manusia.

“Ia juga jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Sabtu, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.



Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dusuki menegaskan, tindakan melampau itu bukan sahaja bakal menyuburkan lagi emosi kebencian sesama manusia dan merobek keamanan bermasyarakat, malah boleh mencetuskan tindakan provokasi serta tindak balas termasuk keganasan.

Pada masa sama, beliau turut menyeru ulama dan umat Islam supaya terus mendoakan agar kebenaran Islam akan terus terserlah di seluruh dunia dan memberikan keselamatan kepada penganutnya di mana sahaja mereka berada.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker