Yang bising masa saya dulu mana pergi sekarang – Ismail
Yang bising masa saya dulu mana pergi sekarang – Ismail
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar individu yang sebelum ini lantang bersuara mengenai isu rakyat ketika beliau menjadi Perdana Menteri, supaya ‘muncul’ berbuat perkara sama terhadap pentadbiran kerajaan sekarang.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan siapa individu yang dimaksudnya.
“Mengenai (pengeluaran) KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), semalam, sewaktu saya sedang bersenam dan makan, ada mak cik datang dan mengadu pada saya minta kalau boleh mereka keluarkan KWSP.
“Dulu waktu (pentadbiran) saya, ramai yang bising bila kita membuat kajian, sama ada boleh dikeluarkan KWSP atau tidak. Akhirnya kita (benarkan) keluarkan.
“Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara kali ini minta untuk dikeluarkan KWSP. Mana-mana yang bersuara kuat semasa saya jadi Perdana Menteri dulu, silakan bersuara lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, hari ini.
Menyentuh saranan pihak tertentu yang menggesa supaya memboikot peniaga kedai makan kerana tidak mahu menurunkan harga makanan, Ismail berkata, tindakan itu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya bakal menyusahkan golongan itu.
Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani isu berbangkit dengan memikirkan cara untuk menurunkan harga barangan dan bukannya melepaskan tangan mahupun bertindak menghukum peniaga restoran.
“Dengan tahun arnab, saya berharap Malaysia lebih cergas dari segi ekonomi dan perkembangan ekonomi lebih baik berbanding tahun lepas. Dari segi kos sara hidup dapat dikurangkan kerana rakyat mengadu tentang kos sara hidup yang tidak menentu.
“Malah hari ini, saya dapat tahu dari laporan media tentang harga makanan meningkat, boikot kedai makan. Jadi perkara ini atau kenyataan seperti ini tidak membantu rakyat, bahkan lebih menyusahkan peniaga di restoran.
“Kalau bahan mentah meningkat, ayam harganya mahal, sayur mahal, ikan harga mahal, pasti peniaga di restoran menaikkan harga. Kalau kita boikot peniaga, kita akan lebih menyusahkan peniaga dan tak membantu mereka,” katanya. BH
Yang bising masa saya dulu mana pergi sekarang – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson