PH belum bincang secara rasmi dengan BN, UMNO – Rafizi

PH belum bincang secara rasmi dengan BN, UMNO – Rafizi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum mengadakan rundingan secara rasmi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perbincangan secara rasmi antara semua pimpinan parti dalam Pakatan Harapan (PH), termasuk membabitkan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga belum diadakan.

“Tidak rasmi di peringkat negeri masing-masing, Selangor pun saya tahu Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin ada berbincang secara tidak rasmi dengan Pengerusi UMNO Selangor.

“Di Terengganu pun saya tahu saudara Nik sudah jumpa dengan Ahmad Said, semua, tetapi yang rasmi kita harap yang dapat menetapkan parameter dan prinsip itu belum berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya berhubung pengagihan kerusi, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata perkara itu juga akan dibincangkan nanti.

“Insya-Allah ia akan bermula di Pusat kerana kita kena tentukan parameter dia daripada Pusat, dia runding kerusi, tidak boleh masuk buta sahaja, dia kena ada prinsip-prinsip, parameter.

“Kalau yang itu dipersetujui di antara pimpinan PH dan juga rakan kerjasama pilihan raya baik UMNO atau BN di peringkat Pusat, yang itu akan jadi panduan bila dirundingkan di peringkat negeri,” katanya lagi.

Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat adalah lebih baik enam negeri yang belum membubarkan DUN mengadakan PRN secara serentak iaitu selepas habis penggal tahun hadapan.

Jelasnya, pembubaran DUN secara serentak di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan adalah wajar bagi memudahkan pengundi mendapatkan cuti selain memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri itu tidak terlalu tinggi. AA

PH belum bincang secara rasmi dengan BN, UMNO – Rafizi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker