Pas Buat Keputusan Sendiri, Tak Bincang Dengan PH Untuk Bubar DUN- Abdul Hadi

Pas Buat Keputusan Sendiri, Tak Bincang Dengan PH Untuk Bubar DUN- Abdul Hadi

Pas tidak akan membuat keputusan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jika negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN Jun ini, itu terpulang kepada mereka.

“Kita akan berbincang sesama sendiri dan ia terpulang pada kami bila mahu bubarkan DUN.

“Sama ada mereka (PH) nak ikut atau tidak, itu terpulang. Selama ini pun, mereka banyak mengikut kita. Sebelum ini, kita buat kenyataan tidak mahu ikut membubarkan Parlimen, mereka ikut juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional(PN) di Ladang Alam Warisan pada Sabtu.

Hadir sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Tegasnya, Pas akan membuat keputusan sendiri tentang tarikh bersesuaian untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pucuk pimpinan tertinggi parti akan datang.

Tambahnya, pihaknya juga akan membuat kajian pelbagai aspek sebelum menetapkan tarikh sesuai untuk pembubaran DUN.

“Kita akan kaji dari segi kesan kepada pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda dan orang balik bercuti raya,” katanya.

Sementara itu ditanya berkenaan tindakan BN Terengganu memfailkan tiga petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu, Abdul Hadi berkata, ia merupakan tindakan gerak saraf kepada Pas.

“Ini kerana mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil calon tidak boleh memfailkan petisyen,” katanya.

Berkenaan tindakan pemimpin PH yang menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘beban’ kepada PH dan Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, mereka hanya mendedahkan perasaan sendiri.

“Itu dia mendedahkan perasaan dia sendiri. Kami lihat dari jauh saja,” ujarnya. – SH

Pas Buat Keputusan Sendiri, Tak Bincang Dengan PH Untuk Bubar DUN- Abdul Hadi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker