Kempen dan projek Keluarga Malaysia Ismail Sabri disiasat SPRM

SPRM telah memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beberapa sumber, satu pasukan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk mencari dan merampas dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan, yang memfokuskan projek-projek tertentu ketika Ismail Sabri menjadi perdana menteri.

Seorang sumber berjawatan tinggi mendakwa terdapat dakwaan rasuah dalam kontrak berkaitan kegiatan promosi konsep “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan Ismail pada Ogos 2021.



“Salah seorang yang disiasat adalah bekas perdana menteri era ‘Keluarga Malaysia’, Ismail Sabri,” kata sumber itu yang ada pengetahuan berkenaan kes itu.

“Siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam penganugerahan kontrak untuk papan iklan ‘Keluarga Malaysia’ dan bahan kempen yang lain,” katanya lagi.

Pasukan penyiasat masih dalam proses mengenal pasti jumlah sebenar yang terlibat, namun sumber mendakwa kontrak tersebut dipercayai bernilai lebih RM300 juta.

Malaysiakini telah menghubungi Ismail Sabri untuk mendapatkan respons berkenaan perkara ini.



Selain ahli parlimen Bera itu, beberapa bekas pegawainya turut disiasat, termasuk seorang pembantu Ismail yang dilantik secara politik ke jawatan kanan di Pejabat Perdana Menteri pada masa itu.

SPRM dijangka memanggil Ismail dan beberapa bekas pegawainya tak lama lagi.

“Kami rancang untuk panggil mereka secepat mungkin (untuk rakam keterangan). Dia (Ismail) sedang menunaikan umrah, jadi (akan dipanggil) selepas pulang ke Malaysia,” kata seorang sumber.

Siasatan dibuat di bawah Akta SPRM 2009.



Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu sedang menyiasat seorang bekas perdana menteri dan beberapa bekas pegawai atas dakwaan rasuah, namun enggan mengulasnya dengan lebih lanjut.

Semalam, laporan Utusan Malaysia menyatakan SPRM dijangka memanggil seorang bekas pemimpin tinggi kerajaan dan seorang bekas setiausaha sulit untuk soal siasat pada minggu depan.

Sumber yang dipetik laporan itu mendakwa dua individu itu disiasat atas dakwaan menyelewengkan jutaan ringgit dana kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker