Polis berjaya tahan tujuh penjenayah terlibat kes samun berkumpulan

Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam tiga kes samun berkumpulan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, enam lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 21 hingga 36 tahun itu ditahan bersama beberapa barangan kes membabitkan tiga kes samun berkumpulan yang dilaporkan antara Ahad hingga Isnin lalu.

“Kes pertama berlaku kira-kira jam 10.20 malam Sabtu di tempat letak kenderaan di sebuah apartment di mana seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus jualan disamun dan beg sandang yang mengandungi RM15,000 bersama beberapa barang berharga dilarikan suspek yang menaiki motosikal bersama rakannya.

“Hasil siasatan keesokan harinya, polis berjaya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun dan merampas wang RM2,500 bersama motosikal yang digunakan dalam kes samun.

“Seorang lagi suspek lelaki berusia 42 tahun berjaya ditahan hari ini dan beberapa barangan mangsa termasuk telefon bimbit, kad bank dan dokumen peribadi berjaya dirampas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, kes samun kedua dan ketiga dilaporkan pada Ahad melibatkan seorang pemandu E-hailing yang disamun oleh dua suspek di Manggatal manakala seorang lagi pelajar wanita disamun di Sulaman Sentral.

“Pemandu berkenaan baru selesai menghantar rakannya namun ditahan dua suspek di mana salah seorang daripadanya menggunakan senjata jenis kayu sebelum bertindak memaksa mangsa membuka cermin kereta dan merampas dompet mangsa serta melarikan wang tunai RM70.

“Namun, kedua-dua suspek lelaki berusia 35 tahun dan wanita 36 tahun disyaki terlibat dalam kes ini berjaya ditahan.

“Kes ketiga pula berlaku pada hari yang sama pada jam 8 malam di Sulaman Sentral membabitkan pelajar yang telah disamun dan telefon bimbit dilarikan suspek.

“Mangsa sempat bergelut dengan suspek dan turut diseret sehingga cedera oleh kenderaan suspek sebelum berjaya menghilangkan diri, namun tiga suspek berkenaan akhirnya berjaya ditahan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, semua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker