Pertahan jawatan, kena tanya orang Bera dulu – Ismail Sabri

Pertahan jawatan, kena tanya orang Bera dulu – Ismail Sabri

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dia bersedia mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Bera.

Dia bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan naib presiden Umno yang disandangnya ketika ini.



“Yang pasti saya akan pertahankan (jawatan) ketua Umno Bahagian Bera, (untuk jawatan Naib Presiden) masih awal lagi.

“Tak tahu lagi, saya kena bincang dengan orang Bera dulu. MT (Majlis Tertinggi) belum putuskan bila pemilihan di peringkat cawangan Bahagian dan sebagainya, tunggulah,” katanya dalam sidang media di Bera, hari ini.

Terdahulu, ahli parlimen Bera itu merasmikan pusat kawalan operasi bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Bera di Pahang.

Ismail Sabri menjelaskan berdasarkan usul diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir hujung minggu lalu, hanya jawatan naib Presiden dan ke bawah saja dipertandingkan.



Jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan selepas usul tambahan dikemukakan wakil dari Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu sudah muktamad, Ismail Sabri menjelaskan apa saja hasil keputusan dibuat dalam PAU boleh berubah jika ada pihak mencabar pendirian berkenaan.

“Itu adalah seperti dipersetujui ketika PAU, (jawatan) presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan namun keputusan muktamad masih boleh ditentukan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya lagi. FMT

Pertahan jawatan, kena tanya orang Bera dulu – Ismail Sabri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang



Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker