Mereka dikeji, dihukum dan dituduh sesat hanya kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari
Mereka dikeji, dihukum dan dituduh sesat hanya kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari
NICOLAUS COPERNICUS (1473 – 1543), lahir di Poland, merupakan ahli matematik dan astronomi. Hobinya memerhatikan cakerawala semasa menjadi pendaftar hukum-hukum gereja di Frauenberg menyebabkan beliau terkenal dalam bidang astronomi.
Hasil pemerhatiannya, Copernicus merumuskan bahawa matahari adalah pusat cakerawala, bukannya bumi seperti yang dipercayai oleh manusia ketika itu. Menurut Copernicus, bumi ini berpusing dan pusingan itu lengkap dalam tempoh sehari. Dalam masa yang sama bumi beredar mengelilingi matahari dan pusingan itu lengkap dalam masa setahun. Bulan pula berpusing mengelilingi bumi.
Namun, pendapatnya sukar diterima pada zaman itu kerana masyarakat sudah diajar berpegang dengan kepercayaan bahawa bumi adalah pusat cakerawala. Pihak gereja juga melenting kerana mereka berpegang kepada teori Ptolemic iaitu bumi menjadi pusat cakerawala dan alam nyata ini dibungkus oleh satu lapisan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Menyedari teorinya yang melawan tradisi, Copernicus enggan meneruskan rumusannya itu. Copernicus sedar, jika dia terus melawan dan mengembangkan ideanya itu, ia akan mengundang bala.
Hanya ketika usianya sudah lanjut, salah seorang anak muridnya, George Rheticus berjaya memujuk Copernicus untuk menerbitkan teori kajiannya itu. Dan Copernicus menerima salinan pertama buku tersebut hanya beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.
GIORDANO BRUNO (1548 – 1600), antara cendekiawan terkenal Itali di zamannya. Beliau merupakan ahli falsafah, penyair, ahli matematik dan ahli kosmologi. Bruno antara pemikir yang mengetengahkan idea Copernicus bahawa alam semesta ini tiada batas sempadan dan terdapat alam-alam lain yang dihuni oleh makhluk selain manusia.
Dia mengembara ke seluruh Eropah, memberitahu tentang kajiannya, tetapi Bruno bukan saja ditertawakan, malah dianggap sebagai sesat dan anti-Kristian. Selepas 15 tahun mengembara, Bruno kembali ke negaranya. Sampai di Venice, seorang pemuda bernama Mocegino mengajak Bruno tinggal di rumahnya. Rupa-rupanya ia satu perangkap. Bruno ditangkap lalu dihadapkan ke muka pengadilan.
Sejak tahun 1593 hingga 1600, Bruno dikurung di penjara Papal, Rome. Selama lapan tahun dalam kurungan itu, pihak gereja memaksa Bruno menarik balik idea-ideanya yang bercanggah dengan doktrin kepercayaan mereka.
Pun begitu, walau dikurung dan berkali-kali diberi peluang pengampunan dengan syarat mengikut kehendak gereja, Bruno tetap enggan. Dia tetap percaya dengan kajiannya bahawa alam semesta ini tiada sempadan dan bumi bukanlah paksi cakerawala. Disebabkan itu, akhirnya Bruno dijatuhkan hukuman. Dia disalib, seterusnya dibakar hidup-hidup.
GALILEO GALILEI (1564 – 1642), cendekiawan Itali yang dikenali sebagai ahli fizik, ahli nujum, ahli astronomi, dan ahli falsafah. Galileo dianggap bapa sains moden dan banyak menghasilkan penemuan penting. Tulisannya banyak membantu dunia sains, terutamanya dalam bidang astronomi.
Galileo bukan sekadar mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik, malah juga menemukan planet menggunakan teleskop, selain menemui empat butir bulan mengelilingi Jupiter. Hasil kajiannya, Galileo mendapati teori Copernicus tentang alam semesta adalah benar. Matahari adalah pusat cakerawala, bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.
Galileo menyokong sepenuhnya teori Copernicus, walaupun dia dikecam oleh golongan agama yang menuduhnya sebagai menyelewengkan kepercayaan masyarakat. Malah, dia turut ditegur oleh paderi tertinggi supaya berhenti menyebarkan teorinya berkaitan alam semesta itu kerana ia bertentangan dengan pemahaman kitab suci lama mereka.
Namun, Galileo tidak menghiraukan teguran itu. Dia lebih percaya dengan apa yang dikajinya, berdasarkan teori awal yang dikemukakan Copernicus. Akibatnya, Galileo ditangkap dan dituduh menyebarkan fahaman yang salah. Dia dikurung dan dipaksa menandatangani dokumen untuk menarik semula teorinya itu.
Galileo ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan. Galileo yang ketika itu berusia 70 tahun masih teguh dengan ideanya. Tetapi, demi nyawanya, dia akhirnya terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut.
Cendekiawan itu dikurung lebih setahun sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya, namun masih dikawal dan menjadi tahanan di rumah sendiri selama beberapa tahun sehingga beliau meninggal dunia pada 8 Januari 1642 ketika berusia 77 tahun.
Hajat Galileo supaya mayatnya dikebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce juga dinafikan oleh gereja. Hanya pada tahun 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya dibongkar dari sebuah perkuburan di Florence lalu dikebumikan dalam gereja.
Pada Oktober 1992, yakni 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan golongan agama terhadap Galileo yang dituduh sesat hanya kerana dia mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari.
Tiga tokoh di atas antara sebahagian para cendekiawan di mana kebijaksanaan mereka dipandang serong oleh manusia yang ketika itu masih singkat akal fikirannya.
Hanya kerana idea baru mereka bercanggahan dengan pemikiran ortodoks pada zaman tersebut, cendekiawan ini difitnah sesat dan merosakkan pemikiran masyarakat. Natijahnya, mereka dikeji, di penjara, dibuang negeri, bahkan dihukum mati. Utv
Mereka dikeji, dihukum dan dituduh sesat hanya kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari
Mereka dikeji, dihukum dan dituduh sesat hanya kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari
Baca Artikel Menarik:
- Lewat hantar minuman, pekerja restoran cedera diparang 2 lelaki
- Tayang badan, bukan buat adegan panas – Ikmal
- Kantoi berbogel bersama ibu mentua
- ‘Virus’ serang sesama sendiri susahkan Kerajaan Perpaduan – Shabery
- Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
- ‘Skim beli rumah sambung bayar tak sah’
- KWSP jadi cagaran rumah
- Peluang terakhir, Najib Razak tiba di Mahkamah Persekutuan
- Penubuhan Majlis Ulama UMNO, ini komen Murshidul Am PAS
- Gopal Sri Ram Ketua Pendakwaan kes Najib dimasukan ke ICU
- Tular: Kemalangan kanak-kanak tercampak, polis kesan pemilik kenderaan
- Shah Rukh Khan pelakon terkaya Asia, ke-4 dunia
- Tak Sangka Patung Buddha Di Kelantan Lebih Tinggi Dari Patung Jesus Di Brazil!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”
You must be logged in to post a comment.