Kos LCS melambung RM11.2 billion

Kos LCS melambung RM11.2 billion

Jumlah keseluruhan kos projek kapal tempur pesisir (LCS) tentera laut yang bermasalah sebelum ini, telah disemak menjadi RM11.2 bilion, meningkat daripada RM9 bilion, kata Boustead Holdings Berhad (BHB).

Ini susulan anak syarikat BHB Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menandatangani enam kontrak tambahan untuk projek itu dengan kerajaan hari ini.



Dalam dokumen di Bursa, BHB berkata semua reka bentuk dan aktiviti pembinaan bagi lima kapal tentera laut itu disambung semula dengan menandatangani kontrak.

Syarikat itu berkata, kapal pertama akan dihantar dan diuji sepenuhnya pada Ogos 2026, manakala kapal kelima dijangka pada April 2029.

“Jumlah harga kontrak disemak kepada RM11.2 bilion berikutan antara lain perubahan spesifikasi yang diluluskan dan lanjutan masa.

“Syarat pembayaran adalah berbeza daripada aktiviti penting kepada kemajuan kerja yang mencerminkan pelbagai elemen dalam kontrak, berdasarkan wajaran kepada reka bentuk, peralatan, pembinaan dan percubaan, serta pentauliahan,” kata BHB.



Terdahulu, BHB dalam kenyataan berkata, satu jawatankuasa pemantau baharu akan dibentuk bagi memastikan projek itu siap dan mengelakkan kesilapan lalu daripada berulang.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha perbendaharaan dan pertahanan.

Pengerusi BHB, Nazim Rahman, berkata BNS telah mengukuhkan tadbir urus dalamannya dengan ketara semasa projek itu ditangguhkan.

Kontrak tambahan itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Muez Abd Aziz dan Nazim, sambil disaksikan Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.



Pada Mei 19, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), berkata pihaknya berhasrat mengadakan prosiding baharu berhubung projek LCS yang kontroversi itu pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Projek LCS, yang dikatakan sebagai perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah negara melibatkan kos keseluruhan RM9 bilion, mendapat perhatian tahun lalu selepas PAC mendedahkan tiada satupun daripada enam kapal disiapkan walaupun Putrajaya membelanjakan RM6.08 bilion.

Pada Februari lalu, Mohamad berkata, kos projek LCS tetap sama walaupun tentera laut bersedia menerima lima, berbanding enam kapal pada asalnya.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa harga untuk membina sebuah kapal telah meningkat berikutan banyak variasi daripada tempahan asal dan inflasi.



Mohamad berkata, dana untuk projek itu telah digunakan bagi pembinaan bahagian kapal, sambil menambah beliau mengesahkan perkara itu ketika melawat limbungan pembinaan kapal di Lumut.

Projek itu telah dianugerahkan kepada BNS melalui rundingan terus dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat projek itu sebelum ini mengesyorkan beberapa individu didakwa. FMT

Kos LCS melambung RM11.2 billion

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker