Pelakon lelaki popular Sharnaaz Ahmad didakwa di mahkamah pagi ini

KUALA LUMPUR: Pelakon lelaki popular Sharnaaz Ahmad yang ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni yang juga pengawal keselamatan sebuah kondominium di Segambut di sini tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam, 9.30 pagi Rabu.

Pelakon filem ‘Juvana’ itu sempat mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.

Bapa kepada seorang anak itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja biru gelap dan ditemani peguamnya, akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan, pelakon berusia 38 tahun itu telah direman tiga hari, selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan itu oleh pengawal keselamatan.

Ia disusuli pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit memukul mangsa.

Pelakon lelaki popular Sharnaaz Ahmad didakwa di mahkamah pagi ini

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker