Langkah mengkaji semula pakaian pramugari di puji YADIM

 

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengalu-alukan inisiatif syarikat penerbangan Malaysia Airlines melaksanakan tinjauan bagi mendapatkan pandangan orang ramai bagi membolehkan kakitangan wanita memilih untuk berhijab ketika bertugas dalam penerbangan domestik dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada Malaysia Airlines atas inisiatif itu.



Beliau berkata, selain dapat memberi ruang untuk melaksanakan ajaran Islam, Yadim berpandangan inisiatif itu adalah langkah proaktif bagi menghentikan stigma dan eksploitasi kepada golongan wanita yang terbabit dalam industri berkenaan.

Katanya, usaha dan langkah konstruktif ke arah kebenaran kod etika pemakaian patuh syariah dalam kalangan kru penerbangan wanita itu wajar diberi pujian dan sokongan selaras agenda mengangkat martabat wanita dan Islam Rahmah dibawa kerajaan hari ini.

“Langkah Malaysia Airlines ini bakal mengikuti beberapa syarikat penerbangan lain yang membenarkan pramugarinya menutup aurat seperti Royal Brunei Airline, EgyptAir dan Air Cairo,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini dilaporkan Malaysia Airlines menghantar borang kajian menerusi emel rasminya kepada pengguna dengan hasrat membawa pembaharuan kepada pakaian seragam pramugari bagi mendapatkan pandangan orang ramai.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot



Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker