Fawwaz mohon maaf kenyataan ‘kafir ingin jatuhkan Islam’
Fawwaz mohon maaf kenyataan ‘kafir ingin jatuhkan Islam’
Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memohon maaf berhubung kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya yang mendakwa orang kafir berusaha untuk menjatuhkan agama Islam.
Muhammad Fawwaz yang juga ketua Pemuda PAS Pulau Pinang mendakwa kenyataan berkenan ditulis dan dimuat naik oleh pengendali (admin) laman Facebooknya itu.
“Saya memohon beribu kemaafan diatas kecuaian dan kekhilafan yang berlaku, posting ini tidak berniat untuk menyingung perasaan mana-mana pihak atau perkauman.
“Posting ini juga bukan daripada YB, tetapi daripada admin yang bertugas. Kenyataan ini tidak ada kaitan dengan YB Ustaz Fawwaz dan tanpa pengetahuan YB,” kata kenyataan susulan di ruangan komen.
Kenyataan yang dimaksudkan itu berbunyi: “Dalam sirah belum pernah ada sejarah kafir ada keinginan untuk memartabatkan agama mu wahai Muslim, tetapi menjatuhkan agama mu selalu diingatkan dalam al-Quran.”
Kenyataan itu bagaimanapun sudah tidak lagi boleh diakses.
Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan tulisan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam buku Fiqh al-Harakah.
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein menyorot perkara itu dengan dengan memetik beberapa contoh bantuan orang kafir terhadap Nabi Muhammad SAW bagi dakwah Islam, seperti dinyatakan dalam tulisan Abdul Hadi.
Ini termasuklah tindakan Abu Talib mempertahankan Nabi Muhammad SAW yang dihalang oleh Quraisy dari berdakwah, bantuan dari raja Habsyahyang ketika itu tidak beragama Islam kepada kepada Nabi Muhammad SAW dan tindakan seorang kafir bernama Mat’am bin ‘Adi memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW untuk pulang dari Taif dan masuk ke Mekah.
Muhammad Fawwaz merupakan pendakwa bebas sebelum bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 lalu.
Dia berhasil menawan kubu kuat PKR di Permatang Pauh menewaskan penyandangnya, Nurul Izzah Anwar. Mk
Fawwaz mohon maaf kenyataan ‘kafir ingin jatuhkan Islam’
Baca Artikel Menarik:
- Samun RM100,000: Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring
- Perdana Menteri kata sistem isytihar harta SPRM sebelum ini adalah ‘lawak’
- Ada lelaki nikah isteri orang, wali tiada tauliah
- Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…
- Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
- Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain
- Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
- Keputusan PAU 2023 melibatkan kedudukan Zahid, Ini komen Anwar
- ‘Langgar’ PH di PRN, penganalisis beritahu MCA, MIC
- Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
- Sami bunuh diri kerana cemburu selepas jatuh cinta pada cucu sendiri
- Gaya Penampilan Neelofa Di Sebuah Majlis Jadi Pertikaian
- Warga tempatan mengamuk, Bangladesh buat rumah sebagai tempat sembelih ayam dan kolam ikan keli [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk
Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…