5 jenis makanan perlu dielak masak guna ‘air fryer’
5 jenis makanan perlu dielak masak guna ‘air fryer’
Penggoreng udara (air fryer) memang perkakasan mudah untuk menyediakan makanan, selain ia lebih sihat kerana tidak memerlukan penggunaan minyak.
Lantas kaedahnya lebih sihat daripada menggoreng dengan minyak. Menerusi teknologi ini, pengguna boleh memasak makanan dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga.
Namun, sehebat mana pun teknologi sudah pasti mempunyai kelemahannya tersendiri dan beberapa perkara tidak boleh dilakukan. Ada beberapa perkara yang pengguna tidak sepatutnya memasak menggunakan penggoreng udara.
Berikut adalah lima jenis makanan yang tidak boleh anda masak dalam penggoreng udara, supaya tiada risiko menjadi ‘kucar-kacir’ atau lebih teruk ketika di dapur
1. Bahan adunan, perasa kering
Adunan basah seperti adunan tempura lazimnya memerlukan minyak panas untuk mendapatkan keranggupan dengan cepat.
Memandangkan penggoreng udara berfungsi mengedarkan udara panas, ia tidak mempunyai keupayaan untuk memasak makanan rangup seperti yang sepatutnya dimasak menggunakan kaedah tradisional.
Sebaliknya, pengguna akan menghadapi masalah sebahagian daripada adunan itu akan menitis semasa proses memasak.
Jadi, pengguna diingatkan agar tidak menggoreng makanan itu tanpa dicampur sedikit dengan bahan lain seperti minyak dan perasa agar rasa makanan sempurna dan perisanya ‘lari’ daripada kelazatannya.
Malah, minyak ini diperlukan untuk supaya ia dapat menyerap dan melekatkan perasa makanan.
2. Masak nasi
Sama seperti adunan basah, ia memerlukan minyak yang banyak untuk masak dengan sempurna. Begitu juga beras mentah, ia pula memerlukan air untuk memasak dan penggoreng udara tidak direka untuk jenis masakan ini.
Satu resipi yang pengguna boleh lakukan dengan mencari bekas sesuai seperti kuali kek. Perlu air mendidih dahulu kemudian masukkan beras. Ketika air mendidih ke dalam tutup kuali dengan aluminium, kemudian tetapkan pemasa selama 30 minit.
Sejujurnya, lebih baik anda memasak nasi dengan cara biasa (menggunakan periuk nasi dan air). Masak sehingga mendidih, kacau, kecilkan api, dan reneh selama 15 minit sehingga semua air itu diserap. Ia sangat mudah dan tidak menyusahkan.
3. Ayam panggang untuk masakan sempurna
Sekali lagi, penggoreng udara menggunakan udara panas untuk memasak dan meletakkan seluruh ayam untuk dipanggang di dalamnya bermakna terdapat ruang yang agak kurang untuk udara itu beredar dengan betul, dan memasak sesuatu secara sekata.
Lebih-lebih lagi, bahagian ayam yang paling hampir dengan sumber haba juga mungkin akan masak lebih cepat daripada bahagian bawah.
Ini bermaksud bahagian litu ebih garing dan masih memerlukan sedikit masa untuk ia memasak secara keseluruhan.
Lebih teruk, jika ayam yang lebih basah memerlukan anda lebih masa dan lama supaya ayam panggang masak, jika menggunakan penggoreng udara
4. Burger
Jika anda mahukan burger sederhana dimasak dengan sempurna, iaitu daging burger dimasak dan dimakan dengan perisa yang lazat dan bentuknya cantik, anda mungkin perlu mengelak daripada memasak roti burger dalam penggoreng udara.
Menggunakan penggoreng udara, jika memasaknya dalam masa yang singkat, ia mungkin tidak cukup masa untuk bahagian luar menjadi perang dan dimasak sempurna. Jika terlebih lama ia pula akan hangus.
Berbanding cara biasa, burger di bahagian luar menjadi perang, bahagian dalamnya akan sempurna dan kering.
5. Bertih jagung
Jagung memerlukan kepanasan antara 400 dan 460 darjah Celsius untuk mengembang. Kebanyakan penggoreng udara tidak mampu mencapai suhu setinggi itu.
Tetapi, jika anda mempunyai penggoreng udara yang boleh mencapai 400 darjah Celsius, namun mungkin berisiko cepat hangus.
Bertih jagung akan mengembang dan isinya akan meletup ketika panas. Malah, ada sesetengah daripada bertih jagung secara akan terlekat atau tersangkut pada elemen pemanas di bahagian atas, malah ia mungkin juga apabila mengembang dan tidak dapat menampung di dalamnya.
Ia juga potensi berlaku makanan hangus dan hangit, terutamanya jika bertih jagung itu masih tersimpan atau terlekat di situ semasa anda memasak hidangan lain. BH
5 jenis makanan perlu dielak masak guna ‘air fryer’
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET