Reformasi UMNO menang ‘atas kaki sendiri’

Reformasi UMNO menang ‘atas kaki sendiri’

UMNO berani ambil risiko kekalkan Presiden walaupun kalah teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Walaupun kedua-dua pemimpin utama gagal bawa kemenangan, majoriti kekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan, sekali gus tidak mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri.

Perwakilan putuskan dua jawatan tertinggi parti tidak dicabar, meskipun setiap kali dibangkitkan pembahas Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022, di Dewan Merdeka tidak pernah sepi kerana ada menyokong, tidak kurang mengejek.

Belalang kira antara tanggungjawab pertama Ahmad Zahid dan Mohamad selepas ini adalah melakukan reformasi dalaman sepenuhnya selepas dua PRU parti tersungkur, tetapi masih dapat menjadi sebahagian kerajaan. Perlu diingat, jarang parti politik dapat dua kali berturut-turut peluang menebus kekalahan untuk melakukan perubahan menyeluruh supaya dapat menang ‘atas kaki sendiri.’

Namun, reformasi tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada Presiden dan Timbalan Presiden, sebaliknya perlukan pasukan kepemimpinan kuat bukan hanya setakat ‘pak turut, mak ikut.’ Dengan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) terbuka dipertandingkan, calon berminat perlu tawarkan idea dan tampilkan kredibiliti terbaik, manakala perwakilan pula pilih dengan tepat serta sedar bahawa ia tentukan hidup mati UMNO termasuk dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

‘Tayar MRT pun tak cukup angin’

Sekali lagi Belalang bersama ribuan pengguna Transit Aliran Massa (MRT) terperangkap dalam perjalanan pulang disebabkan tren mengalami masalah teknikal tekanan angin rendah hingga perlu tukar roda kereta api. Ada menyindir rupa-rupanya ‘tayar MRT tak cukup angin’ sampai jejaskan pergerakan pengguna.

Sehari selepas itu, Belalang baca laporan Menteri Pengangkutan sendiri akui masalah teknikal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana tren baru beroperasi lima hingga enam tahun. Sudah kerap isu teknikal ini berulang, termasuk kemudahan di stesen yang juga usianya lebih kurang sahaja dengan tren berkenaan.

Ini semua berpunca sikap tidak pentingkan budaya penyelenggaraan hingga menyebabkan kerosakan kerap berlaku. Malah, penyelenggaraan masih di takuk ‘kelas ketiga’ inilah menyebabkan pengangkutan kelas pertama tidak dapat memberikan kemudahan optimum kepada rakyat sebagai pengguna. BH
Belalang Jalan Riong

Reformasi UMNO menang ‘atas kaki sendiri’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker