PLUS keluarkan TTA elak kesesakan lebuh raya
Tahun Baru Cina
PLUS keluarkan TTA elak kesesakan lebuh raya
Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bermula 19 hingga 22 Januari bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya itu sebelum jam 9 pagi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan perjalanan pengguna yang menghala ke destinasi yang lebih dekat.
Beliau berkata, saranan itu dibuat berikutan jangkaan sebanyak dua juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya pada setiap hari puncak pada musim perayaan itu.
“Cadangan itu juga adalah berdasarkan analisa PLUS mengendai data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim perayaan yang lalu.
Oleh yang demikian, TTA kali ini turut berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Zakaria berkata, TTA itu adalah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat dan lebih selesa.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan pengguna yang menghala ke destinasi lain, yang lebih hampir dengan Lembah Klang, dinasihatkan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
“Kajian juga menunjukkan bahawa perjalanan pengguna yang mematuhi TTA akan lebih lancar dan lebih selesa.
“Namun, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.
“Pihak PLUS ingin menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.
“Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID,” katanya. BH
PLUS keluarkan TTA elak kesesakan lebuh raya
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah fail perceraian pagi ini
You must be logged in to post a comment.