Cara Pantau Lokasi Ahli Keluarga Secara Percuma
Cara Pantau Lokasi Ahli Keluarga Secara Percuma
Semakin anak-anak meningkat dewasa, banyak masa mereka diluar tanpa ditemani orang tua. Sama ada keluar bersosial bersama rakan-rakan atau pergi bekerja. Sudah pasti, sebagai ibu bapa akan timbul rasa khuatir kerana tidak dapat menjejaki lokasi mereka.
Kini, anda tidak perlu risau sekiranya anak tiada di depan mata kerana dengan menggunakan teknik ‘tracing’ ini anda mampu memantau pergerakan mereka dari jauh atas faktor keselamatan. Hanya dua langkah mudah sahaja, seperti mana perkongsian bermanfaat yang dibuat oleh saudara Mohd Firdaus Mohd Yusoff.
DEMI KESELAMATAN KELUARGA, BUKAN NIAT MENGINTIP TAU!
Hari ini aku nak kongsi satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara percuma. Ramai sangat yang mengadu risau anak-anak dekat rumah ke mana ke, anak-anak entah ke mana.
Pula tu time cuti-cuti Malaysia, ramai-ramai jalan berpecah pun semua entah ke mana tak boleh nak jejak. Atau pun paling best, nak cari isteri dekat pasar malam hahaha.
Nak monitor isteri balik kerja on the way, kita nak masak sedap-sedap ngam ngam dia sampai depan pintu. Lauk ready atas meja dengan lilin panjang dah nyala, pun boleh. Tak ada lah lilin tu dah pendek baru wife sampai rumah kan hahaha.
Tujuannya adalah untuk kebaikan. Kalau kejahatan, tu korang dosa sendiri tanggung.
CARA MENGESAN LOKASI AHLI KELUARGA DARI JAUH
CARA-CARANYA:
1. Pinjam telefon bimbit anak sekejap dalam tempoh 10 minit saja.
2. Masuk applikasi MAP dan ‘on’ location sharing.
3. Share location kepada alamat Gmail telefon bimbit anda.
Selesai!
Selagi GPS telefon bimbit anak-anak on dan ada data, kita boleh tengok location mereka di Google Map telefon bimbit kita.
Kalau telefon bimbit pasangan pun sama lah. Kena pinjam sekejap. Bagus untuk pantau lokasi semasa ahli kuarga seperti semasa bercuti.
Applikasi MAP ye bukan GOOGLE.
P/S:
Tujuannya BUKAN untuk mengintip ya, tapi untuk keselamatan ahli keluarga. Yang korang fikir nak mengintip tu, periksa hati dan banyakkan berzikir.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Mohd Firdaus Mohd Yusoff
Cara Pantau Lokasi Ahli Keluarga Secara Percuma
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.