Anwar sahkan akan hadir rumah terbuka MCA sebagai tetamu kehormat

 

Setelah lebih dua dekad hilang kuasa iaitu sejak September 1998, Anwar Ibrahim diundang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA.

Pada hujung minggu ini, perdana menteri dan pengerusi PH itu akan menghadiri majlis tersebut di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur sebagai salah seorang tetamu kehormat.



Malah mungkin ada pegawai Anwar, yang masih muda ketika dia dipecat dari kerajaan, tidak pasti bila kali terakhir dia menjejakkan kaki ke situ. Carian Google secara sepintas lalu juga gagal memberi sebarang maklumat mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, barangkali kita boleh mengandaikan kali terakhir Anwar ke situ adalah ketika Dr Ling Liong Sik masih memimpin MCA. Sejak dia bersara, lima presiden telah bertukar ganti.

Presiden MCA pada masa ini, Wee Ka Siong dijangka akan menyambut kedatangan Anwar.

Sementara itu, pegawai perdana menteri Chan Ming Kai memberitahu Malaysiakini bahawa selain rumah terbuka MCA, Anwar juga akan menghadiri sambutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada hari yang sama.



KLSCAH adalah bangunan ikonik, sering mendapat perhatian pihak berkuasa kerana menganjurkan pelbagai acara yang dikaitkan dengan pihak pembangkang sebelum ini.

Meraikan Tahun Baru Cina yang pertama sejak menjadi perdana menteri pada 24 Nov tahun lalu, Anwar juga dijadualkan pulang ke Tambun, Perak untuk bertemu pengundinya.

Terdahulu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kehadiran Anwar ke rumah terbuka parti itu.

“Memang menjadi amalan MCA menjemput perdana menteri menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina dan tahun ini tidak terkecuali.



“MCA telah menjemput perdana menteri dan dia telah bersetuju untuk hadir,” tambahnya.

Antara yang turut ada dalam senarai tetamu VIP acara itu adalah pemimpin parti komponen BN, pegawai kerajaan, tokoh korporat, pemimpin masyarakat Cina dan individu kenamaan luar negara.

Selepas acara itu, Anwar akan menuju ke KLSCAH untuk menghadiri acara ‘Lou Sang’ yang dijadualkan pada 11.30 pagi, di mana dia dijangka menyampaikan ucapan.

Beberapa hari kemudian, Anwar juga dijadualkan menghadiri rumah terbuka Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (Acccim) iaitu pada 28 Januari.



Sebelum acara itu, dia mungkin akan hadir di rumah terbuka Acccim Perak pada 26 Januari.

Berdasarkan jadual perjalanannya, Anwar akan menyertai program Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Tambun pada 29 Januari.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim juga dijadualkan hadir ke majlis itu, yang diadakan di The Lost World of Tambun.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Cina Malaysia (Huazong) masih menunggu jawapan Anwar atas undangan ke rumah terbuka mereka pada 4 Feb ini.



Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan Najib Razak pernah hadir ke rumah terbuka anjuran Huazong, masing-masing pada 2018 dan 2022.

Setiausaha Agung Huazong Wong Aik Loung memberitahu Malaysiakini bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir akan menjadi tetamu kehormat mereka.

Katanya lagi, turut dijemput adalah pemimpin politik dari semua pihak.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker