Ketaatan Dan Kesetiaan Perlu Menjadi Pegangan Utama Dalam Kalangan Ahli Parti
Ketaatan Dan Kesetiaan Perlu Menjadi Pegangan Utama Dalam Kalangan Ahli Parti
Wakil pembahas Sabah, Ghazalie Ansing berharap ketaatan dan kesetiaan menjadi pegangan utama dalam kalangan ahli parti.
Katanya ini kerana, meskipun pelbagai polemik politik yang terjadi di negeri itu namun ia tidak mematahkan semangat kepimpinan akar umbi dalam bertahan membawa perjuangan parti itu.
“Kita semua harus taat kepada pemimpin dan parti kepada parti ianya perlu kita tanam supaya sejarah hitam dua kali kalah ini tidak lagi berlaku sedih kita.
“Kalau pentingkan diri sendiri sebagai contoh kami di Sabah boleh lari tapi kami tidak buat perkara itu dan kekal bersama perjuangan UMNO.
“Ingin saya cadangkan di sini cukup-cukuplah berbalah kembalikah kita sebagai satu pasukan, kita ada presiden, pemimpin taati dan ikutlah mereka seperti kami di UMNO Sabah… kami ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menghidupkan parti keramat ini,” katanya pada ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata sekiranya sikap mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan dibiarkan ianya akan membawa kehancuran kepada parti.
Ghazalie dalam pada itu turut menyentuh berkenaan pergolakan politik yang berlaku di negeri ini berpunca daripada pengkhianatan.
“Kalau asyik mementingkan diri sendiri mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain maka punah dan hancurlah kita. Tengok di Sabah kebelakangan ini mungkin ada yang tertanya-tanya apa berlaku muktakhir ini… kalau mahu jadi cepat kaya dan naik jadilah pengkhianat.
“Khianatilah parti, khianatilah pemimpin itulah yang berlaku di Sabah sekarang ‘lima ekor kura-kura’ itu kita tatang, angkat naik bagus-bagus pakai dana parti, kasi sokongan dan guna jentera parti hujung-hujung khianat.
“Bila parti sudah buat keputusan… belot… apa saya cakap ini bukan pasal Sabah sahaja tapi turut sama berlaku di sini,” ujar beliau. – UMNO Online
Ketaatan Dan Kesetiaan Perlu Menjadi Pegangan Utama Dalam Kalangan Ahli Parti
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy
You must be logged in to post a comment.