Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Puteri Umno mengingatkan ahli mencontohi parti lawan yang tidak terlalu ghairah menjatuhkan pemimpin mereka walaupun beberapa kali tewas pilihan raya.

Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan, memberi peringatan itu ketika wujud gerakan supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan selepas parti itu kalah teruk pada PRU15.



“Lihatlah dalam kalangan mereka berapa kali mereka kalah pilihan raya tetapi mereka tidak mendesak presiden mereka turun. Kita tidak mahu dilihat seperti ketam di dalam baldi. Apabila ada seekor ketam yang naik ke atas, ketam-ketam lain menarik supaya jatuh ke bawah.

“Kita sepatutnya sama-sama mencari jalan mendukung pemimpin kita menjadi lebih kuat bukan melemahkannya. Apa-apa tindakan yang boleh lemahkan parti mesti kita elakkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Beliau berkata, parti lawan sentiasa dilihat kuat dan kukuh apabila sering bangkit mempertahankan pemimpin mereka walaupun diserang pihak lawan dengan pelbagai tomahan.

“Kekuatan mereka pula walau apapun tohmahan dilemparkan kepada pemimpin mereka, mereka tetap mempertahankan pemimpin yang mereka pilih. Kelemahan kita pula sekiranya pemimpin kita diserang ramai pula kalangan kita turut mencari jalan merebahkan pemimpin kita. Prinsip mempertahankan institusi presiden jauh sekali ada dalam kalangan kita.



“Kelemahan kita, kita tak cukup pandai mencari keburukan pemimpin mereka dan menghina hingga ke tahap paling rendah. Apatah lagi membina naratif pembunuhan karakter dan mencipta fitnah. Umno hanyalah kilang melahirkan pemimpin khidmat dan pembangunan. Kita gagal melahirkan penembak tepat, penabur fitnah dan pembunuh karakter mereka satu-persatu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa akademi atau institut Umno perlu ditubuhkan segera kerana cadangan itu sudah lama diutarakan namun ia belum dilaksanakan.

Katanya, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai penyumbang idea baharu yang bernas datangnya daripada Umno.

“Ini bukan idea baharu. Sudah lama diperkatakan dan sudah ramai dipertanggungjawabkan namun hingga kini belum berjalan. Sebab apa? Sebab masih ramai menganggap kepimpinan Umno hanya datang secara semulajadi, hasil lonjakan dari sistem lama kita yang semakin lama pasti akan menjadi lapuk dan tidak sesuai lagi untuk masa akan datang,” katanya. FMT



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’



Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker