ASP, Sarjan ditahan kerana disyaki menyamun

ASP, Sarjan ditahan kerana disyaki menyamun

KUALA TERENGGANU: Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan bersama seorang sarjan ditahan bagi membantu siasatan kes samun membabitkan kerugian bernilai RM5,150.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata penahanan kedua-dua suspek itu dibuat susulan laporan yang dibuat seorang lelaki di Balai Polis Gong Badak pada Sabtu lalu.

“Pengadu memaklumkan dibawa kedua-dua suspek ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus pada 1 Februari lalu (Khamis) untuk mengeluarkan duit sebanyak RM5,000.

“Identiti kedua-dua suspek berjaya dikenal pasti hasil siasatan pihak polis melalui pengecaman gambar terhadap suspek dan rekod kamera litar tertutup (CCTV) sebelum membawa kepada penahanan mereka.

“Suspek pertama iaitu pegawai polis ditahan pada Sabtu lalu dan kini dalam reman selama tujuh hari, manakala suspek kedua yang ditahan pada keesokan harinya (Ahad) pula direman selama empat hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mazli berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu memandang serius pembabitan jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota polis terutamanya di kontinjen itu.

Katanya, pasukan itu komited menjalankan siasatan dengan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang supaya penjenayah dapat dihadapkan ke mahkamah.

Sebelum ini, tular di media sosial satu laporan polis disyaki membabitkan pegawai dan anggota polis apabila mangsa mendakwa didatangi dua lelaki berpakaian preman menaiki kenderaan dengan logo PDRM.

Menerusi laporan yang tular itu, suspek didakwa meminta wang sebanyak RM20,000 bagi membersihkan nama mangsa yang dikatakan berada dalam senarai untuk dibuang daerah.

Bagaimanapun, mangsa hanya mengeluarkan RM5,000 di ATM di sebuah stesen minyak di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus sebelum menyerahkan RM150 lagi kepada kedua-dua suspek. BH

ASP, Sarjan ditahan kerana disyaki menyamun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker