Kontraktor dituduh bunuh penganggur

Kontraktor dituduh bunuh penganggur

PASIR PUTEH: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Tertuduh, Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, atau dikenali sebagai Iwe Telosan didakwa di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, 37, di Kampung Saring, di sini antara jam 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 April ini bagi mendapatkan laporan kimia dan pasca nilai.
Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Akhbar sebelum ini melaporkan Polis Kelantan mengesan Iwe Telosan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang meninggal dunia dalam keadaan terbaring di hadapan rumah dengan kesan cedera di bahagian dahi. Sinar

Kontraktor dituduh bunuh penganggur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker