Saya tidak mengetahui ada surat tular – Zahid

Saya tidak mengetahui ada surat tular – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tidak mengetahui perkara berkaitan surat tular yang mendakwa keputusan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang adalah tidak sah.

“Saya tidak mengetahui ada surat tular,” katanya ringkas.

Ahmad Zahid menyatakan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO, EXCO Wanita UMNO dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, surat dengan kepala surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) itu didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2 Mac lalu.

Surat itu memaklumkan, RoS sudah meneliti secara terperinci permohonan pindaan Usul Tambahan (Usul Kelapan) ke atas Usul Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang menetapkan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dengan mengambil kira dasar UMNO yang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengesahkan Ahmad sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan keabsahan bahawa Perhimpunan Agung 2022 membawa usul yang kelapan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

“Hal ini kerana selepas Pengerusi Tetap mengikuti semua peraturan yang sudah termaktub di dalam peraturan mesyuarat, termasuk Perhimpunan Agung.

“Mengikut Perlembagaan Parti menyebutkan Pasal 9.3 dan 9.4 yang ditafsirkan bahawa semua jawatan mesti dipertandingkan, namun apabila usul sudah dikemukakan ke Perhimpunan Agung perlu diketahui bahawa Perhimpunan Agung adalah badan tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO.

“Perhimpunan Agung sudah membuat keabsahan seperti mana yang dilakukan oleh Pengerusi Tetap mengikut Perlembagaan Parti.

“Maka surat yang dikemukakan oleh KDN itu adalah surat yang menyebutkan bahawa kuasa untuk menentukan Akta Pertubuhan 1996, Perkara 70 adalah memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk memberikan keabsahan terhadap peraturan dan Perlembagaan UMNO itu dipatuhi kerana Akta Pertubuhan 1996 menyebutkan tugas RoS adalah untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana badan yang berdaftar dengannya dan kepentingan ahli itu mengikut seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Oleh itu, dalam hal ini kuasa menteri adalah kuasa muktamad untuk menentukan keabsahan Perhimpunan Agung UMNO 2022,” katanya. BH

Saya tidak mengetahui ada surat tular – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker