McDonald’s Australia tamatkan penjualan Diet Coke

SYDNEY: McDonald’s Australia dilaporkan menamatkan penjualan minuman ringan Diet Coke di seluruh francais restoran mereka.

Lapor media tempatan Australia, penjualan minuman ringan itu akan dihentikan selepas stok bekalan habis dijual.

Menurut pihak pengurusan McDonald’s, pelanggan di negara berkenaan dilihat lebih gemar memilih minuman lain selain Diet Coke.



“Di McDonald’s, kami komited untuk menyediakan makanan dan minuman lazat dan bernilai tinggi yang dikenali dan disukai pelanggan.

“Kami kerap menyemak dan mengembangkan menu kami untuk memenuhi cita rasa dan pilihan pengguna yang berubah.

“Sebagai maklum balas kepada pelanggan dan populariti yang semakin meningkat untuk minuman rendah hingga tanpa gula lain, McDonald’s tidak akan lagi menawarkan Diet Coca-Cola di seluruh restoran McDonald’s Australia bermula 11 Januari 2023,” kata wakil jurucakap.

Dalam pada itu, McDonald terus menawarkan pelbagai pilihan minuman untuk pengguna, termasuk Coca-Cola No Sugar, Sprite Zero Sugar dan Frozen Coke No Sugar.



“McDonald’s Australia kini beralih ke Sprite tanpa gula di seluruh restoran kami di seluruh negara.

“Kami tidak sabar mendengar maklum balas pelanggan tentang pilihan minuman baharu,” kata jurucakap.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker