Bung Mokhtar Beri Penjelasan Isu Pergolakan Politik Sabah

Bung Mokhtar Beri Penjelasan Isu Pergolakan Politik Sabah

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Sabtu memberi penjelasan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu pergolakan politik Sabah.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya turut memberi gambaran bahawa akan ada pengakhiran apa yang berlaku itu.



“Mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, selaku Presiden UMNO memaklum dan memberi penjelasan berkenaan isu pergolakan politik Sabah.

“Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Perjuangan baru bermula dan perjalanan masih jauh dan panjang!,” katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar pertemuan bersama Ahmad Zahid.

Menerusi gambar tersebut, turut dilihat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada Jumaat, UMNO dan BN menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bung Moktar berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman politik antara BN Sabah dalam pembentukan kerajaan Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula pada Sabtu dilapor memberi gambaran bahawa keadaan politik di Sabah masih tenang buat sementara ini di sebalik beberapa perkembangan yang berlaku pada Jumaat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau telah menghubungi beberapa pimpinan utama parti di negeri tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung isu tersebut. -SH

Bung Mokhtar Beri Penjelasan Isu Pergolakan Politik Sabah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker