Pelakon Janna Nick Ajak Netizen Boikot Syamsul Yusof

Pelakon Janna Nick Ajak Netizen Boikot Syamsul Yusof

Selebriti versatil Janna Nick tidak berdiam diri apabila tampil mempertahankan rakan baiknya, Puteri Sarah dengan memuat naik beberapa hantaran berbaur hentaman yang dipercayai ditujukan kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Janna berkongsi rasa berang apabila menyifatkan Syamsul sebagai seorang suami yang telah menganiya isteri yang juga ibu kepada dua orang anaknya.



Bahkan, pelakon dan juga penyanyi itu turut meminta agar Syamsul tidak menjadi munafik dan berhenti daripada memanipulasi perkara yang telah dia lakukan.

“Berhenti bermanipulasi. Jangan aniaya isteri yang merupakan ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta, lepaskan. Bukan gantung tak bertali.

“Jangan jadi munafik,” tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 28, turut berkongsi keadaan dan kepayahan yang dilalui Puteri Sarah dalam menguruskan anak-anak tanpa suami disisinya.



“Saya sendiri bersamanya (Puteri Sarah) masa anak dia masuk hospital. Bapa dia mana? Lepas tangan. Bini itulah yang ke hulu ke hilir jaga anak.

“Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah seorang diri. Kau? Adakah kau fikir duit adalah segalanya?” jelas Janna.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain, namun berasa sangat marah apabila Syamsul telah menuduh Puteri Sarah sebagai isteri derhaka.



“Saya tidak akan masuk campur kalau kau diam. Dah kahwin, okay cukup. Jangan cakap dia (Puteri Sarah) derhaka.

“Kepada semua lelaki di muka bumi ini, jangan aniaya isteri. Paling teruk bila kau guna agama untuk tutup kesalahan kau,” luah Janna.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal itu juga bersumpah untuk tidak didekati lelaki seperti itu walaupun ditawarkan dengan habuan wang tunai sebanyak RM100 juta.

“Maaf saya tidak boleh bersama lelaki seperti ini. Sumpah saya tidak boleh. Bagilah duit RM100 juta sekali pun, saya tetap tidak mahu,” jelasnya yang turut mengingatkan lelaki lain supaya tidak memijak perempuan.



Disebabkan rasa marah, Janna mengakui berasa sangat benci dengan Syamsul dan mengajak pengikutnya untuk memboikot lelaki tersebut.

“Saya sangat benci dia. Sebab itu saya lapor akaun Instagram dia. Jom sama-sama lapor dan boikot. Berani dia gunakan media sosial untuk memanipulasi dan aniaya isteri dia,” ujarnya.

Selepas sekian lama ‘drama’ rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berlarutan gara-gara orang ketiga, industri seni hiburan hari ini dikejutkan dengan pengakuan daripada pengarah itu apabila mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu berkata, pernikahan bersama wanita yang selama ini dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana itu diwalikan oleh bapa kandung Ira, juga pelakon senior Kazar Saisi.



“Alhamdulillah, hari ini Ira Kazar telah sah menjadi isteri saya, sah di sisi syarak di sisi Tuhan,” dedah Syamsul dalam sebuah video Instagramnya.

Pengakuan tersebut sekali gus menafikan segala dakwaan mengatakan mereka telah bernikah sebelum ini adalah tidak benar.

Jelas pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, mereka terpaksa memilih bernikah di Thailand atas beberapa faktor dan memudahkan urusan. Apa penting, pernikahan mereka didaftarkan dan mengikut cara yang sah.

Sehingga hari ini, Syamsul juga mengakui, masih bergelar suami kepada Puteri Sarah dan merayu wanita itu untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan kemelut mereka secara baik. – KOSMO! ONLINE



Pelakon Janna Nick Ajak Netizen Boikot Syamsul Yusof

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker