New York benar mayat dijadikan baja kompos

BANDAR RAYA NEW YORK – New York menjadi negeri terbaharu di Amerika Syarikat (AS) membenarkan proses pengkomposan mayat manusia sebagai sebahagian daripada kaedah mesra alam sekitar, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Turut dikenali sebagai ‘penguraian organik semula jadi’, amalan itu menyaksikan mayat manusia akan mereput selepas beberapa minggu diletakkan di dalam sebuah bekas.

Pada 2019, Washington menjadi negeri pertama di AS yang membenarkan kaedah tersebut dijalankan dan diikuti oleh Colorado, Oregon, Vermont dan California.



New York menjadi negeri kelima membenarkan kaedah pengkomposan selepas menerima kelulusan daripada Gabenornya, Kathy Hochul.

Menerusi kaedah yang akan dilakukan di kemudahan atas tanah itu, mayat manusia akan dimasukkan ke dalam bekas tertutup bersama bahan-bahan terpilih seperti serpihan kayu, alfalfa dan rumput jerami. Ia kemudian akan mereput berikutan aktiviti mikrob.

Selepas kira-kira sebulan, proses pemanasan bagi membunuh sebarang jangkitan akan dilakukan sebelum tanah tersebut diserahkan kepada waris si mati.

Tanah itu kemudian boleh digunakan untuk menanam bunga, sayur atau pokok.



Sebuah firma yang menawarkan perkhidmatan tersebut di AS, Recompose berkata, perkhidmatan yang ditawarkan boleh menjimatkan satu tan karbon berbanding kaedah pengebumian tradisional atau membakar mayat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof



Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker