Cepat Stim Tengok Perut Wanita ‘Hamil’, Lelaki Gila Seks Simpan Foto Ibu Mengandung

Jadi Hati Hati Para Ibu..Jangan Galak Sangat Tayang Baby Bump

Cepat Stim Tengok Perut Wanita ‘Hamil’, Lelaki Gila Seks Simpan Foto Ibu Mengandung

KEHAMILAN adalah tempoh yang sangat bermakna bagi pasangan suami isteri terutama sekali kaum wanita.

Disebabkan itu, kebanyakan wanita hamil teruja berkongsikan berita tentang kandungan di laman sosial, lebih lagi ibu muda yang pertama kali akan menimang cahaya mata.



Kegembiraan itu mendorong mereka kerap memuatnaik gambar aktiviti yang dilakukan seharian dan secara tidak langsung menampakkan baby bump.

Meskipun sekadar untuk berkongsi perkembangan bayi kepada rakan-rakan, namun tindakan memuatnaik gambar sedang hamil sebenarnya mengundang padah!

Ini kerana terdapat individu yang gemar melihat perut wanita hamil dan sering menyalahgunakan gambar yang dimuat naik di media sosial itu untuk tujuan keghairahan seksual mereka atau merangsang untuk meningkatkan syahwat.

Kumpulan lelaki seperti ini akan membambil dan menyimpan gambar tersebut untuk tujuan merangsang nafsu mereka.

AZRUL

Menerusi perkongsian Penolong Pegawai Perubatan (MA) Klinik Kesihatan Padang Lebar, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Azrul Zubir, individu seumpama itu yang kebanyakannya kaum lelaki dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.



Malah katanya, ia adalah perlakuan yang sangat bahaya dan kaum wanita seharusnya berhati-hati serta perlu mengelakkan diri daripada ‘merangsang’ golongan terbabit.

“Lelaki yang ada perasaan seperti itu atau terangsang, fetish tengok perempuan mengandung… ia sebenarnya bahaya untuk kaum wanita.

“Kumpulan lelaki seperti ini akan mengambil dan menyimpan gambar tersebut untuk tujuan merangsang nafsu mereka,” ujarnya.

Azrul turut berkongsi dua kategori masalah kesihatan mental berkaitan fetish pregnancy.



Terdapat banyak kumpulan atau komuniti Facebook yang sering menyimpan koleksi ibu hamil.

1. Preggophiles

Preggophiles adalah kelompok individu terutamanya lelaki terangsang dengan wanita hamil yang mana mereka akan ‘turn on’ apabila melihat perut wanita mengandung yang sedang memboyot atau baby bump.

Menurut kajian analitik yang pernah dilakukan, carian mengenai kandungan video lucah berkaitan ibu hamil telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2014.



Berdasarkan laporan yang diterbitkan hellodoktor.com, carian pornografi berkaitan kehamilan menerusi laman sesawang lucah Amerika memaparkan ‘ibu hamil’ adalah carian yang ke-107 paling popular di Amerika.

Pakar terapi seks Amerika, Michael Aaron menerusi buku Modern Sexuality menyatakan, lelaki yang terangsang dengan wanita hamil berpunca daripada proses yang berlaku secara turun-temurun dan didalangi oleh hormon testosteron yang terdapat dalam badan.

2. Maiesiophilia

Maiesiophilia adalah kelainan seksual yang mengakibatkan pengidapnya merasa ghairah ketika melihat ibu hamil dan menjadikan gambar baby bump sebagai alat pemuas seks.

Golongan ini akan mengumpul dan menjadikan koleksi gambar ‘perut’ untuk berfantasi perkara yang menjijikkan.



Selain melihat gambar, ada juga yang berani memegang perut wanita mengandung demi mendapatkan rangsangan.

Difahamkan, terdapat sebilangannya yang turut gemar melihat ibu hamil menggayakan baju materniti, malah menyifatkannya sebagai seksi.

Jadi berhati-hati para ibu hamil, jangan menjadi ‘mangsa’ pemuas nafsu!

Cepat Stim Tengok Perut Wanita ‘Hamil’, Lelaki Gila Seks Simpan Foto Ibu Mengandung



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker