10 hari terperangkap bersama akibat perintah berkurung Covid-19, pasangan jatuh cinta dan berkahwin

Pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin pada 26 Disember lalu selepas terpaksa menjalani kuarantin bersama selama 10 hari. – SCMP

BEIJING – Pasangan di China tidak menyangka insiden mereka ‘terperangkap’ di dalam sebuah pangsapuri semasa kuarantin membawa ke gerbang perkahwinan selepas terpaksa tinggal sebumbung selama 10 hari, lapor akhbar South China Morning Post.

Kisah pasangan yang identiti mereka tidak didedahkan itu mendapat perhatian netizen di media sosial China selepas  dikongsikan minggu lepas.

Pada Ogos tahun lalu, lelaki berkenaan dikatakan pergi ke rumah wanita tersebut di wilayah Hainan untuk melawatnya selepas bersetuju untuk bertemu janji buat kali pertama.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka ‘terkurung’ di dalam rumah wanita berkenaan selama 10 hari berikutan pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.



Sepanjang tempoh itu, kedua-dua mereka saling mengenali dan mendapat tahu bahawa mereka merupakan alumni sekolah yang sama dan pernah bertemu dua tahun sebelum itu.

Video tular di media sosial menunjukkan si lelaki sedang memasak di dapur dan kedua-dua mereka makan bersama-sama serta menjalani kehidupan seharian.

Selepas 10 hari menghabiskan masa bersama, pasangan tersebut berkata, perasaan mereka untuk satu sama lain semakin kuat sehingga mereka berasa sedih ketika perlu berpisah pada penghujung tempoh kuarantin.

Selepas menjalinkan hubungan cinta jarak jauh seketika, mereka akhirnyua membuat keputusan untuk berkahwin dan mendaftarkan perkahwinan pada 26 Disember lalu.



Kisah mengenai pasangan itu mendapat perhatian netizen dengan ramai yang meluahkan rasa terharu.

“Mereka ditakdirkan untuk bertemu,” kata seorang netizen.

“Kisah cinta yang indah,” komen seorang pengguna lain. – AGENSI

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]



InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker