Guna wang simpanan tanpa kebenaran, suami bunuh isteri guna sepana

SERDANG – Berang wang simpanan digunakan Isteri tanpa pengetahuan, seorang lelaki bertindak memukul mangsa menggunakan sepana boleh laras di sebuah rumah kedai Taman Damai Utama, di sini, 16 Disember lalu.

Tindakan suami mangsa terbongkar selepas sepasukan polis dari Balai Polis Baru Gajah memberkas suspek di sebuah rumah di Bemban Ria, Batu Gajah, Perak, pukul 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalangan berkata, selepas kejadian berlaku, suspek telah melarikan diri meninggalkan empat orang anaknya bersama mayat isterinya warga Indonesia yang berusia lewat 30-an



Katanya, kanak-kanak tersebut yang berusia linkungan limta tahun hingga enam bulan ditemui selamat beberapa jam selepas anggota polis tiba di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di belakang kepala hingga menyebabkan kematian di tempat kejadian.

“Dengan bantuan sepasukan polis dari Balai Polis Batu Gajah, seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes tersebut, tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Anbalangan, suspek sudah berkahwin selama tujuh tahun dan mengaku bertindak memukul kepala isterinya menggunakan sepana boleh laras.



“Kejadian terjadi akibat pergaduhan antara suspek dan mangsa dimana wang simpanan bersama berjumlah RM6,000 digunakan mangsa untuk menghantarkannya kepada keluarganya di kampung tanpa pengetahuan suspek.

“Suspek ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker