Mahathir Ubah Kaedah Tipu kepada Kelirukan Rakyat

MAHATHIR di dalam cubaan terbaharunya menipu rakyat telah menafsir undang-undang persekutuan dengan andaian yang mengelirukan.

Serangan Mahathir terhadap Presiden UMNO, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi kali ini dilihat terdesak sehingga beliau sanggup menggunakan nama Yang DiPertuan Agong (YDPA) di dalam perbandingan kes yang melibatkan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Persoalannya, mengapa ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7 beliau tidak ‘terjumpa’ Perlembagaan Persekutuan peruntukan di bawah Perkara 33A tersebut? Sebagaimana yang kita tahu, Mahathir dengan sewenang-wenangnya melantik Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.



Ramai yang mempersoalkan cara Mahathir menafsirkan sesuatu perlembagaan memandangkan beliau bukanlah daripada jurusan perundangan.

Tafsiran peruntukan di bawah Perkara 33A:-
“Ia berbunyi seperti berikut: Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang diPertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan”.

Perkara 33A ini perlu ditafsir dan dibaca secara keseluruhan:-

Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan
33A. (1) Jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV dia hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong.

Dan perlu dibaca dan ditafsir bersama dengan “Bahagian XV”:-

BAHAGIAN XV – PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA:-

Perkara 182. Mahkamah Khas.

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kuasa tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabar pendaftarannya di Kuala Lumpur.

(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan tatacara (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah undang-undang yang mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan tatacara yang terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam mana-mana mahkamah, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding di dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoritu anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa jua pun kesulitan atau anomali dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam perlaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini; dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boeh membuat apa-apa jua pun pengubahsuaian, adaptasi, pengubahan, pertukaran atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis.

BACA teliti Perkara 182(3):-



3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kuasa tindakan berbangkit.

Tafsiran :- “segala kesalahan yang dilakukan” perlu diperjelaskan oleh Mahathir supaya tidak timbul kekeliruan dan boleh merosakkan nama baik istana seolah apa sahaja pertuduhan terutama sekiranya wujudnya pertuduhan terancang atau konspirasi yang boleh menjatuhkan YDPA. Maka tafsiran “segala kesalahan yang dilakukan” perlu difahami. Ruang kedudukan YDPA dengan sendirinya telah terjaga dengan adanya klausa “segala kesalahan yang dilakukan” tersebut.

Mahathir perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan ketika ingin bermain dengan cucu kerana serangan berbaur politik dengan niat jahat boleh mengakibatkan cucu yang bermain itu jatuh kerana datuknya masih leka berfikir “apa lagi yang aku boleh kelirukan rakyat”?

Kaedah “kalau tidak boleh menipu maka perlu kelirukan rakyat” sudah ketinggalan. Rakyat semakin cerdik dan semuanya ada di hujung jari.

Era Mahathir sudah berakhir.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker