Sanggup Berjalan Kaki 290km Demi Bantu Pesakit kanser, Datuk Tiga Cucu Jayakan Kempen KIDS

Sanggup Berjalan Kaki 290km Demi Bantu Pesakit kanser, Datuk Tiga Cucu Jayakan Kempen KIDS

IPOH – Seorang lelaki berusia 59 tahun sanggup berjalan kaki sejauh 290 kilometer dari Ka­ngar, Perlis ke Ipoh selama tujuh hari demi menjayakan kempen ke­sedaran dan mengumpul dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi pesakit kanser.

Mukhlis Ilyas tiba di destinasi terakhir di Ipoh sekitar pukul 3 petang kelmarin selepas berjalan kaki sejauh 290 kilometer bagi menjayakan kempen bagi Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (Kids).



Datuk kepada tiga cucu itu juga pernah berjalan kaki mengelilingi Pantai Timur dan Barat Semenanjung sejak dua tahun lalu menerusi ekspedisi secara solo.

“Saya bersyukur kerana dapat akhiri misi ini dengan selamat. Program ini sebenarnya dah terlewat sedikit disebabkan Co­vid-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ste­sen KTM Ipoh kelmarin.

Katanya, ekspedisi pertama dimulakan dari Desaru, Johor ke Kuantan pada Disember 2020 diikuti Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Terengganu (Disember 2021) sebelum diteruskan de­ngan Pontian, Johor ke Melaka (November 2022) dan terakhir Kangar ke Ipoh.

Mukhlis yang berasal dari Kuala Lumpur membawa bersama troli berisi beg, khemah dan barangan keperluannya sepanjang ekspedisi berjalan kaki ketika ditemui kelmarin.



Katanya, usia yang semakin meningkat serta kecederaan lutut dialami bukan halangan untuk meneruskan misi yang diatur.

“Di awal ekspedisi dahulu, saya mampu berjalan kaki antara 50 hingga 60 kilometer sehari, namun keupayaan itu semakin mengurang.
“Untuk yang terakhir ini, saya berjalan ikut kemam­puan, kelajuan pun ikut saya sahaja,” katanya.

Ujarnya, dalam masa satu jam beliau mampu berjalan kaki sejauh dua kilometer atau 20 kilometer sehari.

“Sebelah pagi saya boleh berjalan 10 kilometer kemudian pada sebelah petang sambung 10 kilometer lagi,” katanya.



Ceritanya, paling menggembirakan adalah apabila kempen ini dapat mencetuskan keseda­ran masyarakat mengenai risiko kanser dalam kalangan kanak-kanak.

“Masyarakat juga telah me­nunjukkan keprihatinan yang tinggi apabila turut sama me­nyumbang dana sebagai soko­ngan kepada Kids.

“Saya tidak ada duit banyak untuk disumbangkan, yang saya ada hanya masa dan kudrat kaki berjalan untuk sama-sama bantu ibu bapa dan kanak-kanak ini.

“Selagi masih ada hayat, saya akan berjalan. Harapan saya le­bih ramai pihak tampil memberi sokongan moral dan mendam­pingi ibu bapa yang diuji dengan anak pesakit kanser.



“Kids juga memerlukan soko­ngan kewangan bagi membantu keluarga tidak berkemampuan mendapatkan rawatan terbaik untuk anak mereka,” katanya. KO

Sanggup Berjalan Kaki 290km Demi Bantu Pesakit kanser, Datuk Tiga Cucu Jayakan Kempen KIDS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker