Malaysia Dipandang Tinggi Oleh Penduduk Palestin Di Palestin – Nadir Al-Nuri

Malaysia Dipandang Tinggi Oleh Penduduk Palestin Di Palestin – Nadir Al-Nuri

Penduduk di bumi Palestin memandang tinggi Malaysia atas kemurahan hati rakyat negara ini yang telah banyak menyalurkan sumbangan dan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan kepada mereka.

Aktivis kemanusiaan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menetap di Semenanjung Gaza berkata, sewaktu mula tiba di Gaza, dia terpaksa menyusun jadual bagi memenuhi undangan-undangan penduduk di sana.



“Walaupun kita bukanlah negara yang paling banyak me­nyalurkan bantuan, tetapi kita adalah antara negara yang paling banyak memberikan sumbangan dana yang dikumpulkan daripada rakyat sendiri,” katanya kepada Kosmo! Ahad ketika me­ngunjungi Ibu Pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. di sini kelmarin.

Menurutnya, nilai dana yang diterima bergantung kepada jumlah yang dikutip oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga berdasarkan isu semasa atau tragedi yang berlaku.

 

Katanya, Persatuan Cinta Gaza telah berjaya mengutip dana kira-kira RM40 juta ketika berlakunya peperangan pada tahun lalu yang mendapat liputan luas daripada masyarakat antarabangsa.



“Alhamdulillah kerana Persatuan Cinta Gaza telah diberi kepercayaan mengurus jumlah wang sebesar itu. Sebahagian besar daripada wang tersebut telah disalurkan kepada Palestin.

“Ia bagi melaksanakan projek-projek mampan jangka masa panjang termasuklah membaik pulih bangunan utama yang terkesan akibat pepera­ngan,” ujarnya.

Tambahnya, ketika pepera­ngan tercetus itu, negara-negara lain tidak berani untuk membantu kecuali Malaysia yang menjadi negara pertama telah membaik pulih bangunan separa rosak sebelum diikuti negara-negara lain.

Mengulas situasi terkini di Gaza, beliau berkata, keadaan di Gaza ketika ini tidak banyak berubah berbanding 10 tahun lalu sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki di tanah tersebut.



Bagaimanapun, katanya, situa­si kini semakin buruk berban­ding sebelum ini dengan pelbagai pergelutan berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa.

“Pergelutan berlaku di Tebing Barat Palestin hasil daripada kebangkitan anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka de­ngan gelaran, The Lions’ Den.

“The Lions’ Den merupakan sebuah kumpulan pejuang yang tidak memiliki kecenderungan untuk menyertai atau berpihak kepada mana-mana kumpulan sedia ada di bumi Palestin serta telah diterima baik oleh rakyat di bumi itu,” jelasnya.

Katanya, selepas kebangkitan mereka yang bermula pada hujung September lalu, setiap ­minggu akan ada pejuang terkorban.



“Dianggarkan sebanyak 263 orang jumlah syuhada bagi sepanjang tahun ini dan seba­nyak 45 orang dilaporkan dalam dua ke tiga bulan ini,” ujarnya.KO

Malaysia Dipandang Tinggi Oleh Penduduk Palestin Di Palestin – Nadir Al-Nuri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker