Tentera Russia bertempiaran diserang harimau

Penampakan harimau Amur yang diancam kepupusan telah dilaporkan di Fokino, wilayah Primorsky pada bulan ini. – Media sosial

MOSCOW – Tentera Armada Pasifik Russia hidup dalam ketakutan selepas beberapa harimau dilaporkan menyerang pangkalan mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dua ekor harimau Amur atau Siberia dilihat berkeliaran di dalam dan sekitar bandar terpencil di Russia, Fakino yang dihuni 23,000 penduduk.

Beberapa anjing peliharaan penduduk termasuk biri-biri telah dibunuh dan dibaham di bandar itu. Ia ditutup kepada orang luar dan berfungsi sebagai pangkalan untuk kapal perang dan kapal selam nuklear.

Sesetengah penduduk takut untuk keluar, manakala pemburu-pemburu  cuba untuk memantaunya kerana bimbang orang ramai diserang.



Ketua pentadbiran bandar tentera laut itu, Alexander Baranov menggesa penduduk tempatan untuk mengurung haiwan peliharaan mereka di dalam rumah buat sementara waktu.

“Pakar kawalan pemburuan bertugas di sekitar jalan utama,” katanya.

Seekor harimau dikhuatiri datang lebih dekat daripada biasa ke bandar itu susulan penemuan kesan tapak kaki di jalan bersalji.

Bagaimanapun, penduduk mendapati terdapat dua ekor harimau, seekor jantan dan seekor lagi betina yang bunting.



“Saya melihat beberapa ekor harimau. Ia melalui jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Adakah ia mengelilingi kami,” kata penduduk bernama Ekaterina.

Wanita bernama Evgeniya pula berkata, kawasan kampungnya, Dunai telah didatangi seekor harimau.

“Akhirnya ia pergi. Sekarang kami sudah tidak takut untuk keluar bekerja. Ia telah memakan anjing dan biri-biri di sini,” katanya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?



Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker