PM bantu promosi peniaga kecil sebelum menunaikan solat Jumaat

PETALING JAYA – Pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengunjungi gerai peniaga tempatan sebelum menunaikan solat Jumaat mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.

Anwar menerusi Facebooknya berkongsi suasana ketika beliau singgah makan tengah hari di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

Perkongsian tersebut memaparkan kedatangan beliau di gerai Sup Meletup sangat diraikan penduduk setempat malah netizen menyifatkan ‘rutin’ beliau sebelum solat Jumaat itu secara tidak langsung membantu mempromosi perniagaan peniaga-peniaga kecil.



“Syabas, meletup rezeki perniagaan kalian kat sana,” kata Abdul Rasud Mohamad.

“Cara ni boleh majukan perniagaan tempatan secara tak langsung,” ujar Nerris Ling pula.

“Terbaik PM10, makan kat gerai je. Sokong peniaga kecil,” komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan Anwar menjamu selera di restoran AnNUR Tomyam yang terletak di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?



Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker