‘Penjaja Rambo’ digempur DBKL lagi

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan operasi membanteras penjaja tanpa lesen atau ‘penjaja rambo’ di sekitar Jalan Raja Laut di ibu negara di sini pada Khamis.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh pemantauan yang bermula jam 3 petang, penguat kuasa DBKL bertindak menyita tiga barangan milik penjaja terbabit.

Menurut kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi DBKL, tindakan diambil kerana penjaja terbabit dikesan tidak mempunyai lesen untuk berniaga dan menyebabkan gangguan dengan halangan serta menjejaskan kebersihan di laluan-laluan awam utama.

“Tindakan mereka juga menjejaskan aktiviti penjaja berlesen yang menjalankan perniagaan di sekitar lokasi berkenaan.

“DBKL akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan tumpuan awam,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, DBKL mengambil tindakan sita terhadap seorang penjaja air di Dataran Merdeka kerana lokasi berkenaan ialah kawasan larangan menjaja kecuali kepada kenderaan saji atau ‘foodtruck’.

“Ini untuk memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih,” menurut PBT itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker