AS rampas 379 juta dos fentanyl, cukup untuk bunuh semua rakyatnya

WASHINGTON – Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) mendedahkan bahawa pihaknya  merampas lebih 379 juta dos fentanyl sepanjang tahun ini,  cukup untuk membunuh semua  penduduk Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut kenyataan dikeluarkan agensi persekutuan, ejen-ejen DEA merampas lebih 50.6 juta pil fentanyl, meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu di samping lebih 10,000 serbuk fentanyl sejak Januari tahun ini.

Opioid atau ubat tahan sakit sintetik seperti fentanyl menyebabkan ketagihan teruk itu 50 kali ganda lebih kuat berbanding heroin.

Hanya 2 miligram fentanyl,  sudah cukup untuk membunuh seseorang.

“Rampasan-rampasan dos dadah yang boleh membunuh semua rakyat AS ini menggambarkan komitmen berterusan DEA dalam melindungi penduduk negara ini serta menyelamatkan nyawa.

“Ia juga menunjukkan kegigihan DEA untuk memburu dalang-dalang  yang menyeludup fentanyl di seluruh AS,” kata Pentadbir DEA, Anne Milgram.

Tambah Milgram, keutamaan DEA kini adalah untuk menumpaskan kartel dadah dari Mexico iaitu Sinaloa dan Jalisco.

Kedua-dua kumpulan itu adalah dalang utama  menyeludup fentanyl ke seluruh AS.

Menurut DEA, kebanyakan opioid buatan manusia yang diseludup masuk oleh kartel Sinaloa dan Jalisco dihasilkan secara besar-besaran di beberapa kilang rahsia di Mexico dengan sumber bahan kimia sebahagian besarnya diimport dari China. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker