Muhyiddin yang “order” kereta Mercedes

Oleh Norzahira

AKHIRNYA terbongkar siapa sebenarnya yang “order” kereta Mercedes Benz S600 untuk Perdana Menteri. Ramai yang tertanya-tanya idea siapakah perkara tersebut?

Menurut sumber, orang kanan Muhyiddin Yasin, Marzuki Mohamad, dalam hantaran di Facebook berkata:

“Sebagai perdana menteri pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin diberikan dua pilihan kereta rasmi iaitu MPV Lexus dan Mercedes S600. Harga kedua-duanya terlalu mahal dan minit terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada Jabatan Perdana Menteri ialah supaya harganya dikaji dan dirunding semula. Kelulusan akhir perlu dibuat oleh Kementerian Kewangan.”

Ini bermakna Muhyiddin setuju dengan cadangan itu cuma beliau mahu harganya dikurangkan.

Kereta Mercedes yang dicadangkan itu berharga hampir RM700,000 manakala MPV Lexus pula berharga RM1.14 juta.

Berdasarkan video yang viral di media sosial, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin yang meng”order” Mercedes S600 tersebut. Namun ianya tidak diteruskan oleh Ismail Sabri kerana faktor kesuntukan masa sebelum pilihanraya. Anwar Ibrahim pula tampil untuk membatalkan pesanan Mercedes S600 tersebut.

Ini bermakna, semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau yang “order” kereta Mercedez S600 ketika rakyat dalam kesusahan akibat PKP dan Darurat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker