Khairuddin letak jawatan, Pejuang Wilayah Persekutuan bubar

Khairuddin letak jawatan, Pejuang Wilayah Persekutuan bubar

DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan.

Beliau pada masa sama turut membubarkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu di peringkat Wilayah Persekutuan.



Perjuangan parti tidak lagi releven menjadi alasan utama beliau bertindak sedemikian.

Katanya, ini terutama selepas kepimpinan parti menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pejuang.

“Perjuangan saya dulu, kini dan selamanya hanyalah berteraskan paksi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama,” katanya seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.

Selain itu, Khairuddin sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Presiden Pejuang.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pejuang menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti politik termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membentuk Gerakan Tanah Air (GTA).

Bagaimanapun, GTA kalah teruk dalam PRU-15 dengan kesemua calon mereka kecundang, bahkan Dr Mahathir dan Mukhriz hilang wang deposit. Utv

Khairuddin letak jawatan, Pejuang Wilayah Persekutuan bubar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker