Blogger tikam mati blogger

Blogger tikam mati blogger

Beijing: Malang nasib blogger makanan apabila maut ditikam pempengaruh lain ketika bersiaran langsung menerusi laman sosialnya, baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, mangsa, Gan Soujiong, 29, diserang hendap ketika merakamkan dirinya berjalan di sekitar pasar dan bersiaran langsung di hadapan juta pengikutnya dari Kathmandu, Nepal.



Menurut laporan media tempatan, suspek, Feng Zhengyung, 37, adalah blogger makanan yang menggunakan nama ‘Ayun’ di internet.

Ketika insiden itu, Gan, yang terkenal sebagai ‘Fatty Goes to Africa’ dalam talian kelihatan berbual dengan dua rakannya ketika berjalan di pasar terbuka dekat bandar itu.

Bagaimanapun, kedengaran jeritan dari arah depan kamera ketika kumpulan itu berjalan sambil bercakap dan ketawa.

Siaran langsung itu kemudiannya terganggu oleh gegaran dan jeritan kuat sebelum skrin tiba-tiba menjadi hitam.



Video individu ketiga kemudian menunjukkan Gan yang kelihatan terpinga-pinga duduk di atas tanah dalam keadaan berlumuran darah, manakala seorang lagi yang dipercayai suspek memakinya dalam bahasa Cina.

Gan kelihatan memegang perutnya untuk memerhatikan kecederaan di bahagian perut dan memberi isyarat kepada mereka yang menyaksikan kejadian untuk menghubungi talian kecemasan.

Media tempatan melaporkan Gan ditikam di dada dan perut ketika serangan itu dan meninggal dunia pada hari sama walaupun pasukan perubatan berusaha menyelamatkan nyawanya.

Feng kemudian ditahan pada 4 Disember lalu kerana disyaki membunuh Gan dan mencederakan rakan mangsa, Li Chuzan yang berusia 32 tahun.



Lelaki itu ditangkap oleh polis tempatan selepas disyaki menjadi suspek utama kes berkenaan.

Menurut laporan, Feng, yang tinggal di Nepal, menyimpan dendam terhadap Gan berpunca daripada pelbagai isu pertikaian dan hutang yang tidak dilangsaikan

Sementara Gan menggunakan platform laman sosialnya untuk memperkenalkan pengikut China makanan dan budaya negara luar. HM

Blogger tikam mati blogger




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker