Tanah runtuh: Orang ramai doakan keselamatan mangsa

Tanah runtuh: Orang ramai doakan keselamatan mangsa

Rakyat Malaysia mendoakan pencarian mangsa tanah runtuh yang tertimbus di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi, dipermudahkan.

Berdasarkan maklumat awal Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor, seramai 100 orang berada di kawasan perkhemahan itu, lokasi tanah runtuh berketinggian 30 meter, awal pagi ini.



Ruangan komen Facebook Father’s Organic Farm, pagi ini, dipenuhi dengan ucapan doa orang ramai, yang berharap mangsa dapat diselamatkan dan operasi pencarian, dipermudahkan.

Seorang pengguna Facebook, Zamri, mendoakan semoga Allah mempermudahkan urusan pencarian mangsa dan lebih ramai dapat diselamatkan.

“Semoga Allah permudahkan dan selamatkan semua. Anak-anak (mangsa) sebaya anak saya semua,” katanya di ruangan komen Facebook Father’s Organic Farm, pagi ini.

Facebook berkenaan memaparkan tarikan organik itu sebagai tapak perkhemahan yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat barbeku, parkir, sungai, bilik mandi dan liputan Internet.



Daripada gambar yang dimuat naik itu pada 10 November lalu, tapak itu menempatkan sembilan khemah bertutup dan sebuah khemah terbuka, Tapak itu dikelilingi anak sungai dan ladang organik.

Difahamkan, bayaran bermalam RM30 dikenakan untuk dewasa, manakala kanak-kanak berusia empat tahun hingga 12 tahun dikenakan bayaran RM15, selain sewa tapak khemah RM20 untuk semalam dan khemah perlu dibawa sendiri.

Bagaimanapun, status dan gambar pada 14 Disember lalu sudah ditutup, namun ruangan komennya dibuka dan ramai menitipkan doa semoga mangsa selamat.

Seorang lagi pelayar Facebook yang menggunakan nama Zul Seri Kembangan, berharap seluruh rakyat negara ini mendoakan keselamatan mangsa.



Marzuin Ramlan pula berkata, beliau sedih apabila melihat gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa timbunan tanah runtuh itu.

“Sedihnya Ya Allah… semoga dipermudahkan urusan mereka semua…kesian tengok budak-budak ini,” tulisnya di ruang komen.

Sementara itu, setakat jam 10.16 pagi, polis mengesahkan lapan orang daripada 100 mangsa yang dipercayai berada di tapak perkhemahan itu, maut.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.



Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar). BH

Tanah runtuh: Orang ramai doakan keselamatan mangsa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker