Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Doktor yang terlibat dengan dakwaan tular kerana dikatakan gagal memberikan layanan profesional ketika merawat pesakit kanak-kanak di Klinik Kesihatan (KK) Menglembu telah pun diberi teguran.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, pegawai terbabit telah ditegur supaya berkomunikasi dengan profesional dan melakukan pemeriksaan klinikal yang baik dengan semua pesakit.
“Bagi pihak JKN Perak, kami mengambil maklum insiden pelanggan mendapat layanan tidak profesional dari seorang pegawai perubatan yang turut disiarkan melalui sebuah portal berita semalam.
“Siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian berkenaan berlaku Rabu lalu melibatkan seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami demam, batuk dan selesema. Berdasarkan siasatan, didapati kualiti rawatan yang disampaikan dan tahap komunikasi oleh pegawai perubatan itu adalah kurang memuaskan” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, bagi memastikan tahap perkhidmatan yang baik dan mengelak kejadian sama berulang, JKN Perak telah mengarahkan supaya Pakar Perubatan Keluarga KK Menglembu menjalankan audit klinikal secara berkala.
Katanya, audit berkenaan bagi memastikan rawatan kepada setiap pesakit adalah berkualiti dan mematuhi garis panduan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Terdahulu, seorang ibu terkilan apabila mendapat layanan buruk daripada seorang doktor ketika membawa dua anaknya yang sakit untuk mendapatkan rawatan.-
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’