22 maut minum arak beracun

Gambar Hiasan

PATNA – Sekurang-kurangnya 22 maut manakala beberapa lagi dimasukkan ke hospital di India selepas meminum alkohol beracun, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Kematian tragis itu berlaku di dua kampung negeri timur Bijar di mana penjualan dan pengambilan minuman keras di larang di sana.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki di daerah Saran didapati muntah pada Selasa sebelum keadaan mereka bertambah teruk.

Tiga orang dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital manakala selebihnya mati ketika sedang menerima rawatan pada Rabu dan Khamis.



Ketua Pengarah Hospital Sagar, Dulal Sinja berkata, sebanyak 22 bedah siasat dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa tersebut.

Pegawai kanan polis, Santosh Kumar berkata, pihak berkuasa telah menumpaskan kedai arak haram di kawasan itu.

“Kami menahan puluhan peniaga minuman keras dan beberapa yang lain,” kata Kumar memberitahu AFP.

Dianggarkan lima bilion liter alkohol diminum setiap tahun di India, kira-kira 40 peratus dihasilkan secara haram.



Sering kali arak tanpa lesen ditambah dengan metanol untuk meningkatkan kesannya. Jika tertelan, metanol boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian.

Pada 24 Julai tahun ini, seramai 42 orang maut di negeri Gujarat selepas meminum arak beracun. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker