Terowong SMART dibuka semula selepas ditutup lebih dua jam

KUALA LUMPUR – Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup lebih dua jam susulan hujan lebat di Lembah Klang sejak 5 petang tadi.

Pusat Kawalan Banjir SMART (SMART SCC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan, sistem telah kembali ke Mod 2b dan proses pembukaan terowong trafik bermula pada 9.30 malam manakala Mod 1 pada 10.10 malam.

“Sepanjang operasi, sebanyak 910,000 meter padu air telah dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Berembang bagi mengawal aliran air Sungai Klang ke pusat bandar raya,” menurut kenyataan itu.



SMART SCC telah mengaktifkan operasi banjir untuk Mod 2 pada 6.51 petang apabila aliran air di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 70 meter padu sesaat (m3/s).

Seterusnya SMART SCC mengaktifkan operasi banjir untuk Mod 3 pada 7.13 malam setelah aliran air di pertemuan di Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 150 m3/s.

Semasa operasi mod itu, proses penyuraian dan penutupan terowong trafik dilaksanakan oleh SMART MCC.

“Petugas JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) di SMART SCC telah berjaya menjalankan tugas sepertimana SOP (Prosedur Operasi Standard) dan berjaya menangani risiko banjir dari berlaku,” menurut kenyataan itu. – Bernama



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker