Maghribi selangkah lagi ke pentas final Piala Dunia Qatar

EN-NESYRI (tengah) meraikan jaringannya ketika menewaskan Portugal 1-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 sebentar tadi. – AFP

DOHA – Maghribi meneruskan kisah dongeng mereka di pentas Piala Dunia 2022 apabila wakil tunggal benua Afrika itu sekali lagi mencipta kejutan dengan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Kejayaan pasukan No.22 dunia itu hadir menerusi kemenangan 1-0 ke atas salah satu pilihan kejohanan, Portugal pada aksi suku akhir di Stadium Al Thumama sebentar tadi.

Ia terus memahat sejarah baharu buat arena bola sepak Atlas Lions yang mana pencapaian terbaik mereka di pentas Piala Dunia adalah pusingan 16 terbaik pada edisi 1986 di Mexico.

Penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri muncul wira Maghribi apabila meledak gol tunggal perlawanan selepas menanduk masuk hantaran daripada Yahia Attiyat Allah pada minit ke-42.



BOUNOU (jersi biru) cemerlang memastikan gawang Maghribi kebal tanpa bolos dalam kemenangan 1-0 ke atas Portugal di Stadium Al Thumama sebentar tadi. – AFP

Biarpun Portugal lebih banyak menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus, namun skuad kendalian Fernando Santos itu gagal merobohkan kekebalan benteng pertahanan Maghribi.

Kemasukan Cristiano Ronaldo di babak kedua juga gagal menghadirkan impak positif apabila jentera serangan diketuainya tidak berjaya menewaskan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Ketua jurulatih Maghribi, Walid Regragui membuat percaturan berani apabila mengeluarkan En-Nesyri dengan membawa masuk ramai pemain pertahanan bagi menyukarkan Portugal mendapatkan gol penyamaan.

Keputusan itu menuai hasil lumayan apabila para pemain Portugal terutama Bruno Fernandes dan Bernardo Silva bergelut untuk mencari ruang sehinggakan terpaksa melakukan percubaan rambang.



CHEDDIRA (tengah) diarahkan keluar padang selepas menerima kad merah pada lewat permainan. – AFP

Biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Walid Cheddira dilayangkan kad merah pada minit ke-94, namun Portugal gagal mengambil kesempatan itu dalam tempoh baki empat minit terakhir permainan.

Kemenangan itu amat manis buat Maghribi yang kini selangkah sahaja lagi ke final dan bakal bertemu pemenang antara Perancis dan England di separuh akhir di Stadium Al Bayt awal pagi Khamis ini.

Bukan itu sahaja, kejayaan Maghribi secara tidak langsung meranapkan impian Ronaldo untuk menjulang kejuaraan sulung Piala Dunia sebelum menutup kariernya di pentas antarabangsa.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker