RUU Kawalan Tembakau, kenapa Menteri Kesihatan baru mahu perhalusi semula?

Rang undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok sewaktu pentadbiran Ismail Sabri Yaakob mungkin akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat.

Menurut The Star, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berhasrat memperhalusi rang undang-undang itu pada mesyuarat pertama Dewan Rakyat tahun depan.

“Sebagai seorang doktor, saya menyokong (dasar itu)… saya perlu menyelesaikan (beberapa) perkara, termasuklah pelaksanaan dan garis masanya,” katanya.



Rang undang-undang itu diperkenalkan oleh menteri kesihatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin, yang menyifatkan dasar itu sebagai “dasar generasi penamat (GEG0”.

Matlamatnya adalah untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan produk berkaitan tembakau bagi mereka yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya.

Polisi ini meliputi produk berkaitan tembakau dan vape.

Bagaimanapun RUU yang dibentangkan pada bulan Julai lalu mendapat bantahan ramai wakil rakyat.



Akhirnya, kerajaan membuat keputusan untuk merujuk RUU itu kepada jawatankuasa pilihan khas untuk pertimbangan selanjutnya.

Terdapat kebimbangan mengenai pelaksanaan undang-undang itu, terutamanya kesan kepada golongan terlibat, yang merupakan sebahagian besar perokok.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker