Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Pemimpin Umno meramalkan Bersatu akan terkubur di Sabah selepas ketuanya yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor bersama pemimpin lain “sebulat suara” keluar parti itu, semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata Bersatu Sabah tidak berakar umbi, selain tertubuh di atas pengkhianatan 21 ketua bahagian Umno negeri itu yang melompat.

“Akan ada lagi kah Bersatu di Sabah? Bersatu tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi Umno yang lompat parti. Tanpa kuasa di kerajaan negeri, Bersatu bolehlah tutup kedai di Sabah,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, semalam, Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee, dilaporkan berkata parti itu akan membina semula Bersatu Sabah.

Ahli Parlimen Beluran itu, berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah Hajiji serta kumpulannya dan menjelaskan tindakan keluar parti oleh kumpulan berkenaan tidak menjejaskan Bersatu Sabah terutama di peringkat akar umbi.

“Saya tegaskan juga di sini Bersatu akan kekal di Sabah dan kita akan binanya kembali,” katanya.

Puad ketika mengulas lanjut, berkata situasi Bersatu Sabah berbeza dengan Umno negeri pada PRU14 ketika Barisan Nasional (BN) hilang kuasa.

Katanya, walaupun hanya tiga ketua bahagian yang setia bersama Umno selepas kekalahan teruk di Sabah, parti itu bangkit semula dan menang pada PRK Kimanis dan PRN Sabah, pada Sept 2020.

“Itu maknanya Umno Sabah berakar umbi.”

Sementara itu, veteran Umno, Shahrir Samad berkata, walaupun sekumpulan besar pemimpin Umno Sabah meninggalkan parti selepas PRU14, Umno tidak terkubur.

“Perjalanannya selepas itu dipenuhi rintangan dan halangan, namun masih berupaya berada dalam politik negeri itu.

“Sesudah PRU15, nasib yang sama menimpa Bersatu pula. Hanya tinggal Ronald Kiandee seorang diri sebagai utusan Muhyiddin di negeri bawah bayu itu. Putaran hidup lagi laju di Sabah?” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker