Budak 7 tahun lemas jatuh tali air

Budak 7 tahun lemas jatuh tali air

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air semasa melihat bapanya memukat ikan di Kampung Jambu Merah, Melor di sini petang tadi.

Mangsa yang berusia tujuh tahun dijumpai oleh bapanya di dasar tali air itu yang terjun ke dalam air apabila menyedari anaknya hilang kira-kira pukul 5.45 petang.

Datuk saudara mangsa, Razali Nawi, 66, berkata, kejadian disedari oleh ibu mangsa selepas mendapati anaknya tiada di kawasan berkenaan.

Katanya, dia dan bapa kanak-kanak itu sedang memasang pukat sebelum dimaklumkan bahawa mangsa hilang dan disyaki jatuh ke dalam tali air.

“Saya dan bapanya terus terjun ke dalam tali air sedalam 1.5 meter untuk mencari mangsa. Bapa kanak-kanak itu membuat selaman beberapa kali sebelum menjumpai mangsa di dasar tali air.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai, Melor di sini sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Razali, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Sebelum kejadian, cucu saudara saya itu datang ke sini bersama bapanya dari rumah mereka di Kampung Buloh Poh, Melor untuk memancing di tali air tersebut kira-kira pukul 5 petang.

“Apabila saya dan bapanya memasang pukat di tali air itu, kami menyedari mangsa tiada di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. K Online

Budak 7 tahun lemas jatuh tali air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker