Bos LVMH rampas ‘takhta’ Elon Musk

Bos LVMH rampas ‘takhta’ Elon Musk

Pengasas Tesla, Elon Musk jatuh seketika daripada kedudukan sebagai manusia terkaya di dunia kelmarin selepas ditewaskan pewaris kumpulan jenama fesyen mewah terkemuka dunia, Bernard Arnault, yang memiliki syarikat LVMH, lapor saluran berita Channel News Asia.

Berikutan situasi pasaran saham syarikat berkaitan teknologi di Amerika Syarikat yang merosot disebabkan kebimbangan mengenai kadar faedah dan kegawatan ekonomi, nilai kekayaan milik Musk jatuh seketika di belakang keluarga Arnault.

Namun, sekitar pukul 5.30 petang (waktu Greenwich), pengasas syarikat aeroangkasa, SpaceX itu kembali menduduki kedudukan teratas dengan nilai kekayaan sebanyak AS$184.9 bilion (RM813.5 bilion).

Ia diikuti dengan Arnault dan keluarganya di tempat kedua. Mereka memiliki kekayaan berjumlah AS$184.7 bilion (RM812.6 bilion).

Sementara itu, ahli perniagaan dari India, Gautam Adani berada di tempat ketiga dengan nilai kekayaan AS$134.8 bilion (RM593 bilion), diikuti pengasas Amazon, Jeff Bezos yang mempunyai aset mencecah AS$111.3 bilion (RM489.7 bilion).

Pada 2021, Arnault pernah beberapa kali berada di tempat teratas dalam senarai Indeks Bilionair Forbes.

Kumpulan LVMH miliknya, yang memiliki berpuluh-puluh jenama mewah termasuk Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo, terus mencatatkan perolehan kukuh serta pertumbuhan keuntungan meskipun di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Dalam pada itu, satu lagi senarai manusia terkaya di dunia yang dikumpulkan oleh penyedia data kewangan Bloomberg turut menunjukkan Musk dan Arnault bersaing sengit.

Berdasarkan ranking Bloomberg yang dipaparkan selepas pasaran saham AS ditutup Selasa lalu, Musk mendahului senarai dengan nilai kekayaan AS$178.9 bilion (RM787 bilion), diikuti dengan Arnault sebanyak AS$165.1 bilion (RM726.3 bilion). K Online

Bos LVMH rampas ‘takhta’ Elon Musk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker