Lelaki hilang dibaham buaya di Lahad Datu

Lelaki hilang dibaham buaya di Lahad Datu

Seorang lelaki yang sedang memukat ikan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Sungai Silabukan, Lahad Datu, semalam.

Susulan itu, usaha mencari Salim Sakka, 50, digerakkan bomba dalam operasi turut membabitkan polis, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan orang awam.

Jurucakap Bomba Sabah berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 9.45 pagi dan dimaklumkan oleh anak mangsa bapanya dibaham buaya ketika memukat ikan.

“Pencarian dibuat di permukaan dengan radius dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian ditangguhkan kira-kira 6 petang tadi dan disambung semula pagi esok. FMT

Lelaki hilang dibaham buaya di Lahad Datu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker