Buaya serang kanak-kanak lagi

Buaya serang kanak-kanak lagi

Lahad Datu: Seorang lagi kanak-kanak menjadi mangsa serangan buaya di daerah ini dalam kejadian di Kampung Air, hari ini.

Dalam kejadian 5.55 petang itu, lelaki, 7, parah digigit reptilia ganas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan turun ke bahagian bawah rumahnya untuk mengambil ayam.

“Ketika itu, sepupu mangsa ternampak seekor buaya yang menghampirinya lalu sepupu mangsa menjerit untuk memberi amaran kepada mangsa.

“Mangsa menyelamatkan diri naik ke atas jambatan berhampiran rumahnya namun buaya itu sempat menyerang mangsa hingga cedera di bahagian kaki sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil.

Sementara itu, Rohan berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu sudah mengenal pasti 28 sarang buaya di sekitar daerah ini.

“Polis bekerjasama dengan JHL Lahad Datu untuk menjalankan operasi pembanterasan reptilia ganas berkenaan,” katanya.

Pada 1 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hilang dipercayai dibaham buaya manakala ayahnya parah akibat digigit reptilia berkenaan berhampiran pangkalan Jeti PPM Lahad Datu. HM

Buaya serang kanak-kanak lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker